awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kekurangan bekalan ayam dijangka selesai bulan depan - Timbalan Menteri

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2022
01:50 MYT
Isu kekurangan bekalan ayam dijangka selesai bulan depan - Timbalan Menteri
KPDNHEP akan terus melakukan pemantauan dan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan para peniaga ayam patuh dengan penetapan harga maksimum ayam dan telur sehingga 5 Jun ini. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan isu kekurangan bekalan ayam di pasaran dapat diselesaikan pada Jun.
Menurut Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid, berdasarkan pemantauan ketika ini, gangguan kekurangan bekalan di sesetengah kawasan sudah semakin pulih.
Jelas beliau, kerajaan mengambil langkah intervensi drastik dalam menangani isu itu termasuk mengenakan sekatan eksport ayam dan pemansuhan permit import (AP) makanan bermula 1 Jun ini.
"Hari ini nampaknya mungkin sudah tidak ada isu (kekurangan bekalan ayam). Dan saya bercakap dengan pengeluar ayam pun, katanya, perkara ini mungkin selewat-lewatnya awal bulan Jun boleh selesai sepenuhnya.
"Bermakna, kita ada dalam 10 hari lagi, boleh selesai. Tetapi, setakat ini, insya-Allah dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Rosol berkata, pihaknya juga akan terus melakukan pemantauan dan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan para peniaga patuh dengan penetapan harga maksimum ayam dan telur sehingga 5 Jun ini.
Katanya, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah penguatkuasaan ini.
Kerajaan sebelum ini menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan, sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil.
Ia sebahagian langkah jangka pendek yang diputuskan demi keutamaan bekalan terhadap rakyat negara ini.
Topic Berkaitan
#bekalan ayam
#Rosol Wahid
#KPDNHEP
#Harga Ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan