awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kelewatan kapal OPV: PAC panggil KDN, Maritim Malaysia dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
26/09/2022
09:40 MYT
Isu kelewatan kapal OPV: PAC panggil KDN, Maritim Malaysia dalam masa terdekat
Wong Kah Woh berkata selain KDN dan APMM, Kementerian Kewangan serta syarikat yang diberikan kontrak untuk membina kapal itu akan turut dipanggil memberi keterangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi menuntut penjelasan mengenai kelewatan perolehan Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV).
Pengerusinya Wong Kah Woh berkata selain KDN dan APMM, Kementerian Kewangan serta syarikat yang diberikan kontrak untuk membina kapal itu akan turut dipanggil memberi keterangan.
Beliau berkata tarikh dan masa prosiding akan ditetapkan dan diumumkan dalam masa terdekat.
"PAC berpendapat kerajaan iaitu APMM dan KDN perlu memberikan penjelasan kepada Parlimen bagi memastikan rakyat mengetahui sebab sebenar kelewatan itu berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wong berkata prosiding berhubung isu tersebut selaras dengan punca kuasa jawatankuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat selain Peraturan Mesyuarat 83(2) serta Perkara 11(b) Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1982.
Maritim Malaysia dalam kenyataan pada 13 Sept memaklumkan tiga OPV yang sepatutnya diterima agensi itu pada 2020 masih dalam pembinaan.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan sama berkata OPV itu sedang dibina oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.
Pada 15 Sept, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sari Yaakob berkata PAC berhak memanggil mana-mana jabatan atau agensi kerajaan bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kelewatan penerimaan tiga kapal berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAC
#kapal OPV
#Maritim Malaysia
#KDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan