awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kenaikan bil elektrik ke kabinet

Bernama
Bernama
28/05/2019
10:53 MYT
Isu kenaikan bil elektrik ke kabinet
Isu kenaikan bil elektrik menjadi tumpuan di media sosial apabila pengguna mengadu bil utiliti mereka melambung tinggi dengan ada di antaranya mencatatkan peningkatan 100 peratus atau sekali ganda. - Gambar hiasan
Isu kenaikan mendadak bil elektrik dan rungutan rakyat mengenainya akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal kepenggunaan, beliau menerima banyak aduan melalui kiriman WhatsApp yang meminta penjelasan berhubung kenaikan bil utiliti tersebut.
Saifuddin berkata beliau akan membangkitkan isu itu pada mesyuarat Kabinet esok dan mendengar sendiri penjelasan daripada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin selaku yang menteri bertanggungjawab.
"Kita kena tahu apakah perkara yang menyumbang kepada keadaan itu berlaku, apa puncanya dan jika telah tahu sebab dan punca, sudah tentu kita akan cari jalan penyelesaian," katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.
Isu kenaikan bil elektrik menjadi tumpuan di media sosial apabila pengguna mengadu bil utiliti mereka melambung tinggi dengan ada di antaranya mencatatkan peningkatan 100 peratus atau sekali ganda.
Saifuddin dalam pada itu berkata beliau akan menemui bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin selepas sambutan Aidilfitri bagi mendengar pandangan dan syor berkenaan cara menurunkan harga barang.
Beliau turut mengakui pemerhatian dan penelitian yang dibuat bekas menteri kewangan itu bahawa harga barang boleh turun adalah benar dan tidak jauh daripada bacaan dan perkiraan yang dibuat kementerian.
Semalam, Daim dilaporkan berkata berdasarkan kajian serta pertemuannya dengan pelbagai pihak termasuk pihak koperasi dan pemborong, beliau yakin harga barang boleh turun sekiranya masalah orang tengah yang mengaut keuntungan melampau ditangani.
Sementara itu, Saifuddin berkata kejayaan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM1.94 juta kepada lapan syarikat yang didapati terbabit dengan aktiviti tipuan bida membuka dimensi baharu dalam penugasan badan bebas tersebut.
Mengambil kira peranan hakiki MyCC iaitu menggalakkan dan melindungi proses persaingan yang berlaku dalam perniagaan dan perkhidmatan, kejayaan itu secara tidak langsung membangkitkan kesedaran bahawa anggota MyCC turut memiliki keupayaan menyelesaikan kes berkaitan tipuan bida, katanya.
Pada Mac lepas, MyCC mengenakan penalti sejumlah RM1.94 juta kepada lapan syarikat yang didapati terbabit dengan aktiviti tipuan bida melalui tender yang ditawarkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), menjadikannya pengenaan penalti terhadap tipuan bida atau bid-rigging yang pertama di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bil elektrik
#Daim Zainuddin
#harga barang
#kabinet
#kerajaan
#media sosial
#MyCC
#penalti
#perhimpunan
#perniagaan
#persaingan
#rakyat
#rungutan
#Saifuddin Nasution Ismail
#tipuan bida
#WhatsApp
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan