awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu ketirisan daging import luar bidang kuasa DVS

Bernama
Bernama
15/04/2021
03:26 MYT
Isu ketirisan daging import luar bidang kuasa DVS
DVS hanya bertanggungjawab menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia. -Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Pengimportan atau kemasukan daging dari sumber negara dan rumah sembelih yang tidak diiktiraf, sama ada menerusi penyeludupan atau ketirisan di pintu masuk negara, adalah di luar bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
DVS dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan agensi itu hanya bertanggungjawab dalam menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Penjelasan DVS itu adalah susulan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa kerajaan perlu memastikan tiga agensi yang mengawal selia urusan pengimportan daging bebas sepenuhnya daripada 'musuh dalam selimut' bagi mengelak kegiatan kartel daging import bertapak semula.
Agensi terbabit seperti yang dilaporkan ialah DVS, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurut DVS, pemeriksaan rumah sembelih di luar negara dijalankan berasaskan kod amalan standard mengikut piawaian antarabangsa, meliputi piawaian kawalan penyakit haiwan dan zoonotik serta pengoperasian rumah sembelih.
"Kelulusan import daging hanya dibenarkan dari sumber negara dan rumah sembelih yang telah diluluskan dan menepati syarat yang ditetapkan," kata DVS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kartel daging
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#DVS
#maqis
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#rumah sembelih
#luar bidang kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan