awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kewarganegaraan: Wan Junaidi dijangka jumpa NGO, 6 wanita Malaysia Khamis ini

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2022
13:48 MYT
Isu kewarganegaraan: Wan Junaidi dijangka jumpa NGO, 6 wanita Malaysia Khamis ini
Wan Junaidi akan bertemu dengan wakil Family Frontiers dan enam wanita Malaysia Khamis ini. - Gambar fail
PETALING JAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam wanita Malaysia Khamis ini berhubung isu kewarganegaraan anak-anak mereka.
Timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia bagi membincangkan lebih lanjut mengenai isu berkenaan termasuk cadangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan.
“Khamis ini, Datuk Seri Wan Junaidi akan berjumpa dengan mereka untuk membentangkan cadangan tentang perkara-perkara yang boleh dibawa kepada penambahbaikan termasuklah ada pindaan yang akan dibuat, supaya ia boleh dibawa kepada jawatankuasa khas untuk dibincangkan isu kewarganegaraan ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Exco Srikandi Bersatu di sini pada Selasa.
BACA: Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia
Sebelum ini, Family Frontiers dan enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mahu memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara.
Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan 5 Ogos lalu yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan dari segi undang-undang.
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati Samsudin
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#menteri
#kewarganegaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan