awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan AIFA di WhatsApp alami gangguan sementara 23 Jan - MCMC
PRK Kinabatangan, Lamag: 48,526 pengundi tunai tanggungjawab esok
Ubisoft batalkan enam permainan termasuk 'Prince of Persia', tutup beberapa studio
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu khat: Kenapa sekarang baru nak bangkit? - Tun Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/08/2019
08:40 MYT
Isu khat: Kenapa sekarang baru nak bangkit? - Tun Mahathir
Jelas Tun Mahathir, Jelasnya, pengajaran seni khat telah dilakukan sejak pentadbiran kerajaan terdahulu pada tahun 2002. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad berpendapat cadangan memperkenalkan tulisan khat di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan tidak sepatutnya dipolitikkan mana-mana pihak tertentu.
Jelasnya, pengajaran seni khat telah dilakukan sejak pentadbiran kerajaan terdahulu pada tahun 2002.
“Khat ini bukan bahasa yang nak diajar sebagai bahasa yang nak diguna. Khat ini sebagai seni, iaitu tulisan dia sahaja . Ini sebahagian daripada seni yang dibuat. Ia diputuskan pada 2012 oleh kerajaan dulu dan memang sudah ada dalam buku teks,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang media di Hotel Nikko Fukuoka pada Khamis.
Pada Rabu, Pemimpin Veteran, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, pengenalan tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tahun depan wajar dijadikan sebagai elektif dan bukannya subjek teras.
Justeru, Perdana Menteri berkata beliau tidak faham mengapa baru kini ia cuba dibangkitkan.
Namun, Tun Dr Mahathir yakin isu khat berkenaan dipolemikkan dengan cubaan melibatkan parti DAP bagi melemahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Saya tak tahu kenapa kini baru ia dibangkit. Masa dulu tidak dibangkit. Masuk tingkatan 5 misalnya ada tulis dan baca khat. Kita nak buat khat ini dengan tidak ada apa yang berlainan dengan yang dulu.
“Namun, ada ahli politik dan suratkhabar yang sengaja bangkitkan hal ini untuk menguji DAP setakat mana dia berani, jadi kalau dia uji DAP dan DAP setuju maka akan ada cakap DAP sudah kuasai (PH). Sebaliknya apabila kita layan DAP, maka (kononnya) DAP sudah kuasai kerajaan,” kata Tun Dr Mahathir.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 di SK dan SJK tahun depan.
Topic Berkaitan
#DAP
#Fukouka
#Jepun
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Melayu
#Pakatan Harapan
#pendidikan
#Perdana Menteri
#Rafidah Aziz
#sekolah
#tulisan khat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan