awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu KLIA: SPRM masih buru ejen minta 'duit kopi' - Azam Baki

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2023
10:14 MYT
Isu KLIA: SPRM masih buru ejen minta 'duit kopi' - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini individu terbabit dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga asing. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih memburu ejen yang dipercayai meminta 'duit kopi' RM18,000 berhubung kes kemasukan seorang pelancong China ke negara ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini individu terbabit dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga asing.
"Kita sudah mempunyai butiran mengenainya namun kita belum dapat mengesan kedudukannya pada masa ini.
"Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan," katanya pada Ahad.
Pada Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan suspek itu dipercayai bekerja dengan sebuah syarikat menguruskan kemasukan pelancong yang bertempat dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Azam dilaporkan berkata, syarikat ejen pelancongan tersebut dipercayai telah beroperasi di dalam premis KLIA sejak 2017 bagi menguruskan tiket kapal terbang dan makan minum kepada kumpulan pelancong yang hadir ke Malaysia.
SPRM mengesyaki ejen yang menguruskan kemasukan warga China tersebut juga adalah dari negara tersebut.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui beliau ialah menteri dikaitkan dengan kejadian kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.
Beliau mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa di pintu masuk negara. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rasuah KLIA
#Azam Baki
#Pelancong China
#SPRM
#ejen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan