awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kompaun peniaga wanita berseluar pendek selesai - Nga

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/07/2023
05:27 MYT
Isu kompaun peniaga wanita berseluar pendek selesai - Nga
Nga berkata, pihak berkuasa tempatan harus memahami intipati dan semangat Perlembagaan di dalam menguatkuasakan undang-undang. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Isu seorang peniaga wanita dikompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana berpakaian seluar pendek dianggap selesai.
Dalam masa sama, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) beranggapan tidak timbul isu campurtangan Kerajaan Persekutuan dalam urusan pentadiran kerajaan tempatan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihak berkuasa tempatan harus memahami intipati dan semangat Perlembagaan di dalam menguatkuasakan undang-undang.
“Malaysia yang tercinta ini adalah negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama.
“Oleh kerana itu kita harus mengamalkan sikap hormat menghormati.
“Kita perlu menghormati Islam dan juga yang bukan Islam juga perlu dibela, itu semua dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di sekitar Ipoh, pada Sabtu.
Kor Ming dalam pada itu mengingatkan pihak berkuasa tempatan agar jangan terlalu ghairah menguatkuasakan undang-undang sehingga melanggar batas Perlembagaan.
Beliau turut berharap agar perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi.
Baru-baru ini, seorang wanita bukan muslim berseluar pendek paras punggung dikenakan kompaun dalam pemeriksaan mengejut di kedainya dekat Jalan Merbau, Kota Bharu.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin, menegaskan yang kompaun itu dikeluarkan penguatkuasanya mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.
Topic Berkaitan
#wanita seluar pendek
#Nga Kor Ming
#Majlis Perbandaran Kota Bharu
#wanita dikompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan