Isu kuarantin: Bertanya pun kena saman? - Puad Zarkashi

Astro Awani
Februari 10, 2021 01:58 MYT
Puad berkata, jangan gunakan darurat untuk menghalang rakyat bertanya dan minta penjelasan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Darurat tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang rakyat bertanya dan meminta penjelasan mengenai isu kuarantin.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menjelaskan, ia termasuk apabila menteri menggunakan 'Perintah' pada Warta Persekutuan?' dalam isu kuarantin tiga hari.
"Tetapi apakah itu yang membolehkan Menteri buat “Perintah” guna Warta Persekutuan? Contoh, Menteri yang balik dari luar negara akan dikurantin 3 hari bukan lagi 10 hari.
"Apakah itu tujuan darurat? Untuk memenuhi keperluan dan keselesaan Menteri?
"Jangan gunakan darurat untuk menghalang rakyat bertanya dan minta penjelasan. Bertanya pun kena saman?" soalnya dalam catatan terbaharu di akaun Facebook miliknya, pada Rabu
Pada Selasa, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut Mohd Puad memohon maaf secara terbuka susulan dakwaannya bahawa perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.
Dalam satu kenyataan, PMO menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya beliau gagal berbuat demikian.
#UMNO #Indonesia #Perdana Menteri #saman #undang-undang