[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Isu kuil: Zamri Vinoth ditahan, direman esok

Astro Awani 27/03/2025 | 13:01 MYT
Zamri (gambar) ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. - Foto/FB Zamri Vinoth
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, ditahan hari ini di Taman Melati Indah, Kangar, Perlis bagi membantu siasatan berhubung isu sebuah kuil susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Ringkasan AI
  • Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, ditahan di Perlis bagi membantu siasatan isu kuil selepas laporan polis dibuat terhadapnya.
  • Beliau disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana komen berunsur hasutan di media sosial.
  • Polis merampas telefon bimbit Zamri, membawanya ke IPD Padang Besar, dan akan memohon reman pada Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Jelas beliau, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 62 tahun mengenai satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu, yang dipercayai berhubung isu sebuah kuil.
"Pengadu mendapati komen berkenaan diletakkan pada artikel berita mengenai hasil rundingan penempatan semula tapak baharu kuil berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini pada Khamis.
Razarudin menambah pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit.
Katanya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Perlis untuk tindakan lanjut, dan permohonan reman terhadap lelaki itu akan dibuat pada Jumaat.
"Data preservation terhadap akaun Facebook Zamri Vinoth sudah dibuat dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah selesai membuat preservation," jelas beliau.
#akta hasutan #isu kuil #Razarudin Husain #Zamri Vinoth