awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 'kutty': Bicara kes saman fitnah Tun Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 11 Sept

Bernama
Bernama
28/02/2023
06:33 MYT
Isu 'kutty': Bicara kes saman fitnah Tun Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 11 Sept
Pada 20 Julai tahun lepas, Dr Mahathir, 97, memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 70, sebagai defendan tunggal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 11 Sept untuk perbicaraan kes saman difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty' membabitkan bekas perdana menteri itu.
Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir berkata Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menetapkan 11 hingga 14 Sept ini untuk perbicaraan selain menetapkan tarikh akhir bagi pengurusan kes pada 14 Julai.
"Pihaknya akan mengemukakan dua saksi iaitu Tun Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu," kata Mior Nor Haidir ketika dihubungi, selepas pengurusan kes yang berlangsung melalui sidang video hari ini.
Prosiding itu turut disertai peguam Mohd Shahril Madisa, mewakili Timbalan Perdana Menteri itu.
Difahamkan, seramai tiga orang saksi termasuk Ahmad Zahid akan memberi keterangan pada perbicaraan tersebut.
Pada 20 Julai tahun lepas, Dr Mahathir, 97, memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 70, sebagai defendan tunggal.
Dr Mahathir dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos tahun lepas, menafikan kenyataan yang dibuat pada 30 Julai 2017 adalah berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman fitnah
#Tun Mahathir
#Zahid Hamidi
#Kutty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan