NIBONG TEBAL: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) mengambil tindakan tegas dan konsisten dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap pemilik ladang unggas di seluruh negeri ini terutama di Sungai Bakap bagi memastikan tiada masalah lalat.
Pengarahnya Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata ini termasuk mengeluarkan enam kompaun sepanjang tempoh 19 Feb hingga 30 April lepas ke atas ladang unggas (ladang ternakan haiwan spesies burung seperti ayam) yang melakukan kesalahan berkaitan masalah lalat dan berenga (maggot) dalam najis.
"Kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM7,500 bagi kesalahan pertama. Jika masalah yang sama masih berterusan nilai kompaun kedua adalah RM10,000 dan nilai kompaun ketiga adalah RM15,000," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata JPVPP telah mengeluarkan lesen kepada penternak unggas yang menjalankan penternakan melebihi 10,000 ekor dan ke atas pada 19 Feb lepas, melibatkan 187 ladang unggas termasuk 115 ladang di Seberang Perai Selatan (SPS).
"Berdasarkan maklumat kami, dua daripada tiga ladang di kawasan Sungai Bakap mempunyai lesen JPVPP manakala satu lagi ladang pengusahanya memohon lewat jadi kami tangguhkan dulu lesen dan meminta ada pengurusan lalat yang baik baru luluskan lesen," katanya.
Saira Banu berkata selain tindakan kompaun, JPVPP juga telah menasihatkan penternak untuk membuat semburan lalat berjadual terutamanya semasa proses pengeluaran ayam serta melaksanakan pembersihan najis segera.
Beliau berkata JPVPP telah mengenal pasti ladang-ladang unggas yang dikesan sebagai hotspot masalah lalat dan akan terus menjalankan pemantauan ke atas ladang tersebut bagi memastikan pengusahanya mematuhi syarat lesen ditetapkan.
"Enakmen Perladangan Unggas (Pulau Pinang) 2020 dan Peraturan-peraturan Perladangan Unggas (Negeri Pulau Pinang) 2022 telah dikuatkuasakan pada 1 Jan 2024 dan sebelum penguatkuasaan enakmen ini, perundangan ini adalah sepenuhnya di bawah pihak berkuasa tempatan.
"Antara syarat pelesenan utama yang perlu dipatuhi adalah pengurusan sisa unggas dengan baik," katanya.
Pada Khamis, media melaporkan masalah lalat sinonim dalam kalangan penduduk yang menetap di Sungai Bakap sejak bertahun lalu dan tidak dapat dihindari.
Biarpun berlaku mengikut musim tertentu namun isu itu tetap merisaukan masyarakat, terutamanya peniaga kecil kerana gangguan lalat dikhuatiri menjejaskan kualiti makanan seterusnya mengundang masalah kesihatan terhadap pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Saira Banu berkata, JPVPP juga menasihatkan penternak untuk membuat semburan lalat berjadual terutamanya semasa proses pengeluaran ayam serta melaksanakan pembersihan najis segera. - Foto penang.gov.my
China laksanakan dasar pengecualian kepada lima negara LAC
China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC).
Chris Brown hadir di mahkamah Manchester, dakwaan serangan
Menurut polis Chris Brown ditangkap dan didakwa melakukan serangan hingga kecederaan parah pada Februari 2023.
Trump akan bertemu Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin “secepat mungkin” untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine.
Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun peringati ulang tahun ke 77
Penunjuk perasaan terdiri memegang plakad mengutuk kekejaman Israel di Gaza ketika ini.
Polis Sweden dedah rakaman kamera badan tembakan di sekolah, Februari lalu
Suspek yang dikenali sebagai rickard andersson menembak mati sepuluh pelajar dan guru di Sekolah Risbergska di bandar orebro sebelum membunuh diri dalam kejadian 4 Februari lalu.
Kekalkan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR- Nik Nazmi
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan sokongannya agar Datuk Seri Rafizi Ramli dikekalkan sebagai Timbalan Presiden parti itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Rapat AMK 2025 bakal himpun perwakilan cabang seluruh negara
Menurut Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim, rapat AMK itu akan menjadi ruang bagi setiap calon yang bertanding untuk menyatakan visi, misi serta hala tuju mereka.
Ambil inspirasi Nabi Muhammad, harungi cabaran era teknologi - PM Anwar
Umat Islam harus mengambil inspirasi daripada dedikasi junjungan besar Nabi Muhammad SAW terhadap keadilan dan belas kasihan dalam mengharungi cabaran teknologi dan digitalisasi.
Dunia Islam harus proaktif, bangunkan penyelesaian sesuai keperluan - PM Anwar
Dunia Islam perlu menjadi proaktif dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Guna khidmat kurier, lelaki ditahan dadah bernilai RM2.1 juta dirampas
Polis Pulau Pinang mematahkan taktik pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantaran syarikat kurier selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di Butterworth pada Khamis.

Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.

Isu lalat: JPVPP tegas, konsisten jalankan penguatkuasaan
JPVPP keluarkan enam kompaun antara 19 Feb dan 30 April ke atas ladang unggas yang melakukan kesalahan berkaitan masalah lalat dan berenga.

'Suap makan, lalat masuk mulut dulu'
Masalah berlarutan sejak 30 tahun lalu itu menyebabkan penduduk berasa rimas hingga menjejaskan aktiviti harian mereka.

MBSP guna lalat hasilkan bahan kompos daripada sisa organik
Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata projek itu merupakan hasil usaha sama antara MBSP, Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Masalah lalat: Kerajaan negeri beri tempoh seminggu
Kerajaan negeri Kedah beri tempoh seminggu kepada Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Pendang dan agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu lalat di Sekolah Model Khas Bukit Jenun di Pendang.

Pelajar, guru sekolah 'ditemani' lalat
Pelajar, guru serta kakitangan Sekolah Model Khas Bukit Jenun di Pendang, Kedah terpaksa menghadapi serangan lalat di sekolah mereka.

Pemilik restoran minta IWK tangani masalah limpahan air kumbahan
Pengusaha sebuah restoran di Taman Serai di sini meminta Indah Water Konsortium (IWK) menangani segera masalah limpahan air kumbahan yang berlaku ketika hujan lebat kerana ia menjejaskan perniagaan.

Najis tikus bertaburan, kilang bebola ikan di George Town diarah tutup
Selain daripada najis tikus, lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan.