MALAYSIA
Isu letupan gas Putra Heights: Taklimat khas kepada wakil rakyat esok - MB
Amirudin berkata sesi penerangan itu akan dilaksanakan oleh jawatankuasa siasatan teknikal antaranya membabitkan pihak polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). - Gambar fail
KLANG: Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip gas di Putra Heights akan dilaksanakan selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari pertama selesai esok.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sesi penerangan itu akan dilaksanakan oleh jawatankuasa siasatan teknikal antaranya membabitkan pihak polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
"Taklimat itu dibuat selepas persidangan DUN esok (selesai) kerana banyak urusannya berbentuk teknikal. Selepas itu ia akan dibawa (dibahaskan) dalam persidangan tersebut.
"(Tujuan ia dilaksanakan) supaya mereka (wakil rakyat) faham aspek yang sebenar dan tidak mempunyai persepsi tertentu," katanya kepada pemberita selepas Kempen Bebas Plastik Siri 2 2025 di Laman Seni Safari di sini hari ini.
Turut hadir Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Selangor Kelima Belas Tahun 2025 akan bersidang bermula esok hingga 18 Julai.
Pada 30 Jun lepas, Ketua Polis Selangor pada sidang media khas Laporan Siasatan Insiden Kebakaran Putra Heights dilaporkan berkata tiada unsur sabotaj, perbuatan khianat atau kecuaian dikenal pasti sebagai punca kejadian letupan paip gas bawah tanah milik Petronas di Putra Heights di Subang Jaya pada 1 April.
Susulan laporan itu, kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti laporan siasatan lengkap insiden berkenaan serta mencadangkan langkah susulan sewajarnya.
Jawatankuasa berkenaan akan merangkumi pandangan pelbagai pihak termasuk peranan kerajaan Persekutuan, khususnya dalam aspek pengurusan bencana serta penjelasan kepada umum mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA