awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu MA63 tidak timbul jika Sabah, Sarawak dapat peruntukan & kemajuan setara - Pandikar Amin

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
07/07/2022
08:33 MYT
Isu MA63 tidak timbul jika Sabah, Sarawak dapat peruntukan & kemajuan setara - Pandikar Amin
Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, sehubungan itu, dua perkara tersebut perlu ditunaikan Kerajaan Pusat selari dengan semangat pembentukan Malaysia.
KOTA KINABALU: Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak akan timbul sekiranya Sabah dan Sarawak menerima peruntukan serta kemajuan setara dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Bekas Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, sehubungan itu, dua perkara tersebut perlu ditunaikan Kerajaan Pusat selari dengan semangat pembentukan Malaysia.
"Soal MA63 ini tidak timbul kalau Sabah dan Sarawak diberi peruntukan yang sewajarnya untuk membangunkan kedua-dua negeri itu. Itu sahaja.
"Yang sekarang ini kita bertengkar bukannya apa cuma tentang dua perkara iaitu kemajuan dan peruntukan yang diberikan. Kalau ini (dua perkara) dapat diberikan Kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak... soal MA63 tidak akan timbul," katanya kepada Astro AWANI di Pejabat BIMP-EAGA Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
Pandikar Amin yang juga Utusan Khas BIMP-EAGA berkata, semua pihak perlu melihat MA63 dari sudut objektif agar segala tuntutan Sabah dan Sarawak mempunyai justifikasi sah serta selari dengan semnagar federalisme.
Katanya, ini kerana, tidak semua yang terkandung dalam MA63 sewaktu penubuhan Malaysia berjaya dimuatkan dalam Perlembagaan.
MA63 | Beri kemajuan & peruntukan setara
Topic Berkaitan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Sabah dan Sarawak
#peruntukan setara
#BIMP-EAGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan