Hujah-hujah penghakiman ringkas yang dikemukakan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Yunus pada 7 November lalu pada memutuskan bahawa Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai tidak keperlembagaan (unconstitutional) telah memeranjatkan banyak pihak sama ada di kalangan ahli-ahli agama, para pengamal undang-undang termasuk juga pemimpin masyarakat Islam tanahair.
Keseluruhan hujah-hujah penghakiman Datuk Mohd Hishamudin Yunus telah disandarkan pada tafsiran terpilih dan terhad beliau terhadap Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan – Kebebasan Asasi – meliputi Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 8 (Kesamarataan), Perkara 9 (Kebebasan Bergerak) dan Perkara 10 (Kebebasan Bercakap).
Adalah menjadi sesuatu yang menggusarkan apabila penghakiman tersebut tidak mengambil kira sekurang-kurangnya tiga hal utama yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam merumuskan hujah-hujah penghakiman, sehingga dibimbangi akan menjadi titik-tolak pada penerimaan amalan-amalan hak asasi liberal Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara kita dan bertentangan pula dengan ajaran-ajaran agama Islam.
Pertama, rujukan langsung tidak dibuat kepada Bahagian Pertama Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memperincikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang menjadi rujukan utama dalam penghakiman yang melibatkan hal-hal mengenai Islam dan orang Islam.
Kedua, penghakiman tersebut juga tidak mempertimbangkan kuasa yang dimiliki oleh Negeri-Negeri Persekutuan pada Jadual Kesembilan Senarai II Perlembagaan Persekutuan dalam membuat undang-undang, lebih-lebih lagi undang-undang yang berhubungan dengan pentadbiran dan perlaksanaan Agama Islam di negeri-negeri tersebut.
Ketiga, penghakiman tersebut juga tidak mempertimbangkan kedudukan dan kebebasan Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan Syariah yang terletak di bawah kuasa Negeri-Negeri.
Adalah tidak wajar perkara-perkara besar ini, yang menjadi asas pembinaan dan amalan undang-undang di Malaysia, untuk diabaikan dalam hujah-hujah penghakiman tersebut.
Dalam konteks dunia pascamoden hari ini, hujah-hujah penghakiman yang berdasarkan faham hak-hak asasi manusia liberal Barat khususnya dalam penyebarluasan ekspresi gender songsang yang sememangnya menjadi sebahagian penting dalam norma-norma masyarakat Barat ketika ini dalam konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia sangatlah dikesalkan.
Sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi peranan agama dalam kehidupan khususnya Agama Islam yang menjadi Agama Persekutuan bagi Negara Malaysia, sebarang bentuk kebenaran atau penggalakkan fenomena ekspresi gender songsang hanya akan mengundang gejala akhlak yang lebih buruk kepada masyarakat.
Hak asasi manusia seperti yang dilaungkan di Barat bukanlah semesti hak asasi yang patut diikuti di negara-negara yang masih mengamalkan agama seperti Malaysia ini.
Penelitian terhadap alasan penghakiman Mahkamah Rayuan menunjukkan bahawa duluan-duluan yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah asing, antaranya Mahkamah Agung India dalam National Legal Services Authority v Union of India and Others dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam Tinker v Des Moines Independent Community School District, telah diambil dan diguna pakai, hampir secara in-toto, bagi memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai bercanggah dengan perlembagaan dan hak asasi.
Sedangkan negara-negara seperti India dan Amerika tidaklah mempunyai Agama Persekutuan seperti di Malaysia.
Hal ini jelas bertentangan dengan peringatan keras yang pernah diungkapkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah (ketika itu Raja Azlan Shah) dalam penghakimannya di Mahkamah Persekutuan pada tahun 1975.
Dalam Looh Kooi Choon v Kerajaan Malaysia, baginda telah memutuskan seperti berikut: Sungguhpun banyak yang boleh diperkatakan berkenaan Perlembagaan-Perlembagaan dari negara lain, tetapi hakikatnya Perlembagaan negara kita hendaklah berdiri pada kakinya sendiri, di mana ungkapan-ungkapan yang terkandung di dalamnya mesti ditafsirkan tanpa membenarkan unsur-unsur luar dari Perlembagaan negara lain mengatasi peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan kita sendiri.” (terjemahan dari teks asal berbahasa Inggeris)
Justeru para hakim juga tidak terkecuali dari amanah dan tanggungjawab untuk memastikan gejala-gejala buruk ini menular ke dalam negara ini melalui keputusan penghakiman yang bukan sahaja tidak menepati norma-norma masyarakat setempat malah mengabaikan ruh dan semangat yang terkandung dalam Perkara-Perkara penting Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang dinyatakan sebelum ini.
Kita menghormati badan kehakiman sebagai institusi yang berautoriti bagi memutuskan sesuatu pertikaian undang-undang dan Perlembagaan. Maka dengan itu kita berharap dan menggesa agar keputusan Mahkamah Rayuan ini akan segara dirayu ke Mahkamah Persekutuan, supaya dapat dipertimbangkan dan dinilai semula akan segala percanggahan-percanggahan dan kekhilafan-kekhilafan yang mungkin terkandung dalam Penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut.
_______________________________________________________________
* Azril Mohd Amin ialah Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)
* Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI
Media Statement
Thu Nov 13 2014
Azril Mohd Amin
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Kerajaan digesa tingkat usaha naik taraf sosio ekonomi wanita - MASA
MASA sokong segala bentuk pelaksanaan dasar yang boleh meningkatkan penyertaan serta kepimpinan wanita dalam sektor swasta dan awam.
CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia
Cabaran penting yang timbul semasa perbincangan ialah jurang dalam menangani pencabulan hak asasi manusia secara berkesan.
Undang-undang syariah hanya untuk orang Islam - Centhra
Centhra sentiasa mengekalkan bahawa undang-undang syariah, khususnya RUU355 hanya memberi kesan kepada umat Islam dan tidak kena mengena dengan orang bukan Islam.
Kerajaan baharu harus dukung prinsip hak asasi manusia tanpa gentar atau pilih kasih
Persatuan masyarakat sivil itu mengalu-alukan pendirian yang diambil oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan.
Centhra adu isu Rohingya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB
Centhra memfailkan aduan rasmi kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendesak tindakan konkrit terhadap kerajaan Myanmar yang menindas masyarakat Rohingya negara itu.
Isu mak nyah: Mahkamah Rayuan tidak timbang tiga perkara mengenai Islam
Adalah menggusarkan apabila penghakiman tidak mengambil kira sekurang-kurangnya tiga hal utama yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam merumuskan hujah penghakiman.
PPMM sambut baik pendirian M'sia tolak hak-hak LGBT
Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Azril Mohd Amin berkata penegasan sikap yang rasional oleh Perdana Menteri mampu menyekat usaha menyebarkan budaya dan ideologi LGBT di negara ini.