NATIONAL
Isu minyak & gas: Selesai dengan baik, tak jejas Petronas dan kepentingan Sarawak dipelihara - Tun M
Tun Mahathir menyarankan agar Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri menjalankan rundingan secara baik dalam mencari titik penyelesaian. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebarang keputusan melibatkan pengurusan sumber minyak dan gas antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) memerlukan pindaan undang-undang, yang mesti dipersetujui oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Ringkasan AI
Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menyarankan agar Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri menjalankan rundingan secara baik dalam mencari titik penyelesaian.
Jelas beliau, Petronas ketika ini beroperasi di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) dan diberi hak eksklusif untuk mengurus sumber minyak dan gas seluruh negara.
"Kalau ada perubahan ia mestilah melibatkan pindaan kepada undang-undang dan pindaan ini mesti dipersetujui oleh dua pihak iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
"Sebab itu kita tak boleh buat satu keputusan tanpa meminda undang-undang. Undang-undang memberi hak kepada Petronas mentadbir minyak dan gas di seluruh Malaysia.
"Selagi undang-undang itu berkuat-kuasa, tak dapat lah kita bagi sebahagian atau pisahkan sebahagian kepada Sarawak. Namun demikian, ada cara-cara lain yang boleh dibuat, yang memberi peranan yang lebih besar kepada Sarawak," katanya dalam Podcast Dr. M yang dimuatnaik di laman YouTube pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata sebarang rundingan perlu memastikan kepentingan Sarawak terpelihara, dan pada masa sama tidak menjejaskan Petronas selaku syarikat yang diiktiraf di peringkat global.
Langkah itu penting bagi memastikan semua operasi Petronas di luar Malaysia berjalan lancar, tambah Dr Mahathir.
"...kita dapati Petronas ini satu-satu syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune 500 dan ia bergerak di banyak negara di seluruh dunia.
"Kalau dipecah jadi dua (pengurusan minyak dan gas), ia tidak lagi disenaraikan dalam Fortune 500 dan menjejaskan aktiviti Petronas di negara-negara di luar Malaysia," tambah Dr Mahathir.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga tidak menolak bahawa jika pertikaian tersebut tidak dimuktamadkan dengan baik, ia kemungkinan menyebabkan negara 'kehilangan' Petronas.
"Kalau kita tak jaga-jaga, kita akan hilang usaha luar biasa (menubuhkan Petronas), di mana tak ada negara lain yang menubuhkan syarikat sendiri yang bergerak di peringkat antarabangsa.
"Arab Saudi umpamanya yang mengeluarkan 12 juta tong minyak sehari pun hanya bergiat dalam negara sendiri sahaja," kata bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.
Pada Februari 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa PDA kekal sebagai undang-undang utama yang mengawal sektor minyak dan gas Malaysia.
Namun, beliau turut mengiktiraf hak Sarawak untuk mengawal aktiviti hiliran melalui Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO).
Ringkasan AI
- Keperluan pindaan undang-undang dalam pengurusan minyak dan gas: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa sebarang perubahan dalam pengurusan sumber minyak dan gas antara Petronas dan Petros memerlukan pindaan undang-undang yang perlu dipersetujui oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
- Kepentingan rundingan bagi menjaga keseimbangan: Dr Mahathir menegaskan bahawa sebarang rundingan harus memastikan kepentingan Sarawak terpelihara tanpa menjejaskan kedudukan Petronas sebagai syarikat global.
- Pendirian kerajaan terhadap sektor minyak dan gas: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) kekal sebagai undang-undang utama yang mengawal sektor minyak dan gas Malaysia.