awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu minyak masak peket: Kerajaan segera bertindak

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2022
01:30 MYT
Isu minyak masak peket: Kerajaan segera bertindak
Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan penjualan minyak peket secara dalam talian. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Akhir-akhir ini isu minyak masak sering diperkatakan oleh orang ramai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk menghentikan pemberian subsidi kepada minyak masak botol.
Pemberian subsidi bagi minyak masak peket masih diteruskan bagi memastikan warganegara Malaysia masih dapat menikmati dan membeli barangan keperluan asas tersebut dengan harga yang berpatutan.
Oleh yang demikian, timbul pula isu lain apabila subsidi yang diberikan oleh kerajaan telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepuasan dan keuntungan diri sendiri.
Ada pihak yang mendakwa bahawa minyak masak bersubsidi tersebut disembunyikan oleh pihak ketiga bagi menjualnya dengan harga yang lebih tinggi seterusnya membawa keuntungan yang berganda.
Menurut tinjauan Sinar Harian, terdapat peniaga secara dalam talian menjana pendapatan lumayan apabila memanipulasi harga minyak masak peket bersubsidi dengan menjualnya secara pakej bersama produk lain.
Hasil tinjauan di platform pembelian terkenal mendapati, ada peniaga yang menjual minyak masak peket subsidi lima kilogram (kg) bersama dua peket mi segera dan satu peket minuman coklat dengan harga RM50.
Mengambil kira penjualan tersebut, peniaga telah mengaut keuntungan sekitar RM11.70, tidak termasuk caj perkhidmatan dan penghantaran.
Oleh itu, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan penjualan minyak peket secara dalam talian, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga Petaling Jaya, Zambri Shahbhari.
Menurut beliau, ia sama sekali dilarang dan perlu dikenakan tindakan tegas kerana menyebabkan golongan yang kurang berkemampuan terbeban.
Beliau turut berharap agar pihak berkuasa dapat memantau kegiatan tersebut agar ia tidak terus berleluasa.
Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berharap agar pengguna perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak menyokong dan membeli daripada penjual yang mengambil kesempatan.
Dalam masa sama, perkara tersebut turut mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menggesa agar kerajaan memperkasakan penguatkuasaan dengan serta-merta.
Ini kerana beliau berkata, terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat berkenaan keberadaan minyak masak peket yang mencukupi di pasaran.
Menurutnya, dikhuatiri juga golongan bukan sasar mengambil kesempatan untuk membeli minyak masak peket tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harga minyak
#minyak masak peket bersubsidi
#keuntungan
#barangan keperluan asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan