KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu yang tular berkaitan geran kewangan Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra), sebuah agensi di bawah kementerian itu.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pihak menteri mahupun ketua pengarah tiada peranan dalam kelulusan geran Mitra kerana kuasa memberi kelulusan diletakkan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Penilaian Geran Mitra yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPN.
"Setelah Mitra diletakkan di bawah KPN sepenuhnya, KPN telah mengambil dua tindakan segera iaitu menyediakan Garis Panduan Pengurusan Geran Kewangan Mitra yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
"Satu lagi tindakan ialah menubuhkan dua jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menilai permohonan yang diterima dan membuat pemantauan ke atas pelaksanaan program yang telah diluluskan," menurutnya dalam kenyataan.
Beliau berkata penyediaan Garis Panduan Pengurusan Geran Kewangan Mitra yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan penubuhan dua jawatankuasa itu adalah bagi memastikan pengurusan geran kewangan Mitra dibuat dengan teratur serta memberi impak kepada masyarakat India khususnya B40.
Katanya permohonan yang diterima oleh Mitra akan melalui proses tapisan oleh urus setia di Mitra terlebih dahulu sebelum dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Penilaian Program Mitra yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPN.
Beliau berkata jawatankuasa itu bertanggungjawab menilai dan seterusnya membuat keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya bagi permohonan yang dibentangkan.
Halimah berkata Jawatankuasa Pemantauan Program Mitra yang juga dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPN kemudian akan memantau pelaksanaan program yang telah diluluskan bagi memastikan ia mengikut terma dan syarat serta mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.
"Bagi mana-mana program yang tidak dilaksanakan mengikut terma dan syarat perjanjian, kerajaan mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian dan menuntut bayaran balik daripada pihak yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata arahan turut dikeluarkan supaya pegawai Mitra dilantik daripada kalangan penjawat awam khususnya Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang akan dapat melaksanakan peranan dengan lebih sistematik serta bertanggungjawab selain mempunyai akauntabiliti yang tinggi.
Halimah berkata apabila Mitra diletakkan di bawah KPN sepenuhnya mulai April 2020, Ketua Pengarahnya ialah M.Magalingam iaitu pegawai yang dilantik di bawah kepimpinan Senator Waytha Moorthy.
Katanya Magalingam telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Mitra sehingga tamat kontrak pada 30 Jun lepas.
Beliau berkata di bawah kepimpinan Magalingam, menteri atau ketua pengarah tidak mempunyai kuasa budi bicara mempertimbang mana-mana permohonan untuk geran.
"Segala geran Mitra sepanjang tempoh dari 2019 hingga Mac 2020 telah diuruskan kelulusannya oleh Ketua Pengarah.
"Walau bagaimanapun, urusan kelulusan geran selepas Mitra diletakkan sepenuhnya di bawah KPN sehingga sekarang diluluskan oleh Ketua Pengarah dan Jawatankuasa Penilaian Program Mitra," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021

Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pihak menteri mahupun ketua pengarah tiada peranan dalam kelulusan geran Mitra kerana kuasa memberi kelulusan diletakkan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Penilaian Geran Mitra . - Gambar fail/BERNAMA

Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan.

AWANI Ringkas: Tanah mendap: Penduduk diarah berpindah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Perhimpunan WHO | PBB seru labur lebih banyak dana kepada WHO
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru masyarakat global untuk melabur lebih banyak dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosikan "keamanan dan keselamatan." Bercakap pada perhimpunan kesihatan, Guterres berkata sepanjang krisis COVID, WHO telah menjadi "sumber sokongan terbuka yang teguh" untuk akses vaksin yang saksama.

Teknologi Penternakan | Kolar GPS bantu kawal lembu
Penternak lembu di Sussex, Selatan England, menemui kaedah baharu yang membolehkan mereka tidak lagi menggunakan pagar bagi mengawal haiwan berkenaan. Syarikat Nofense UK mencipta kolar GPS yang mengeluarkan bunyi untuk dipakaikan kepada lembu,

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan
Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, KKM merekodkan penurunan kes baharu sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

Ceroboh Perairan | Bot asing bersama 18 awak-awak ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, tahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli bot berkenaan ditahan dalam satu rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut.

Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya, sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.

Cubaan Culik | Budak empat tahun dilarikan lelaki warga Myanmar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan lelaki warga Myanmar ketika sedang bermain di hadapan rumahnya, dekat Pusat Dagangan Batu 3, di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi, pada Ahad.

Jom Tengok Bola | Platform pupuk semangat perpaduan
Jom Tengok Bola Unity bersama Harimau Muda menentang Indonesia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro AWANI merupakan platform tepat bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Isu Mitra: SPRM tahan 22 individu termasuk pengarah syarikat, presiden persatuan
Menurut sumber SPRM, mereka yang juga terdiri daripada setiausaha persatuan dan pertubuhan itu ditahan dalam operasi di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Melaka.

Isu Mitra: Kementerian sedia beri kerjasama kepada SPRM - Halimah
KPN bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung isu yang tular berkaitan geran kewangan Mitra, sebuah agensi di bawah kementerian itu.