Skip to main content

Malaysia

Isu MyEG: Polis rakam keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ

Rusdi berkata individu terbabit ialah 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tiga pegawai bank. - Gambar fail/Bernama
Rusdi berkata individu terbabit ialah 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tiga pegawai bank. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Polis telah merakam keterangan 15 individu berkaitan dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta melibatkan MyEG dan Zetrix AI Berhad.
  • Individu yang dirakam keterangan terdiri daripada 12 pegawai JPJ dan tiga pegawai bank, dengan siasatan bermula selepas laporan polis dibuat pada 7 Oktober.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan orang ramai diingatkan tidak membuat spekulasi mengenai kes ini.

KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta membabitkan syarikat penyedia perkhidmatan elektronik, My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan hari ini berkata individu terbabit ialah 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tiga pegawai bank.

Beliau berkata siasatan dimulakan susulan satu laporan polis pada 7 Okt, berkaitan transaksi kewangan hasil kerajaan melibatkan kedua-dua syarikat di bawah Kumpulan MyEG tersebut.

Rusdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pada 13 Okt, Rusdi dilaporkan berkata polis merakam keterangan enam saksi, manakala pelbagai dokumen berkaitan sedang diteliti bagi membantu siasatan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement