IPOH: Isu tompokan najis burung yang banyak terdapat di pekarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh di sini mendapat perhatian pihak berwajib dan telah dibersihkan demi keselesaan orang ramai.
Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap KTM Berhad yang mengakui stesen berkenaan sering dibelenggu masalah najis burung sebelum ini.
Katanya, ia susulan pekarangan Stesen KTM itu menjadi lokasi pilihan bagi burung berteduh.
"Kami ambil maklum akan permasalahan ini, stesen ini sering dibelenggu masalah berkenaan (najis burung).
"Kami akan bekerjasama dengan pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya dalam kenyataan di samping menunjukkan foto terkini selepas kerja pembersihan.
Dalam pada itu, katanya, bagi penyelesaian jangka pendek, pancang burung (bird's spike) telah diletakkan secara berperingkat di kawasan laluan utama penumpang.
Jelasnya, ia bagi mengurangkan jumlah burung berteduh dan bertenggek, di samping pihaknya akan melakukan kerja pembersihan secara kerap di lokasi tersebut.
Sementara itu, RAC turut memberi maklum balas bahawa pihaknya telah menjadualkan kerja pembersihan di bangunan Hotel Majestic dan beberapa kawasan berhampiran.
Sebelum ini, media melaporkan ramai pengunjung yang merungut dan menyuarakan ketidakpuashatian berhubung isu kebersihan dan keadaan najis burung di situ.
Tompokan najis burung yang jelas kelihatan bertepek di atas jalan, lantai serta tiang stesen keretapi itu bukan sahaja mencacatkan imej sebagai bangunan warisan, tetapi juga terkesan dengan sambutan Tahun Melawat Perak 2024.
Digelar sebagai Taj Mahal Ipoh, stesen berusia lebih 100 tahun itu menerima ribuan pengguna setiap hari.
Aida Aziz
Wed Jan 03 2024
Imej menunjukkan tompokan najis sebelum dibersihkan (kiri) dan selepas dibersihkan di tiang Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Isu najis burung: KTMB, RAC cari jalan penyelesaian tuntas
Isu tompokan najis burung di pekarangan Stesen KTM Ipoh telah dibersihkan demi keselesaan orang ramai.