JOHOR BAHRU:Isu pasaran buah nanas jenis Moris yang dikatakan tidak dapat dijual di Johor melibatkan pekebun-pekebun yang tidak berdaftar, sekali gus menyebabkan perkara itu berada di luar pengetahuan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), kata Pengerusinya Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Beliau berkata pihaknya memandang serius perkara itu yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di daerah Batu Pahat, Kluang dan Pontian.
"Kita bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah ambil langkah proaktif dengan membuat pemantauan awal terhadap pekebun di lapangan dan menawarkan inisiatif bantuan pasaran kepada pekebun terjejas dengan pembelian oleh pihak FAMA dan pemadanan bersama pihak kilang pengetinan.
"Namun begitu, terdapat pekebun yang terus berusaha menjual sendiri nanas Moris mereka untuk mendapatkan lebih margin keuntungan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi LPNM pada Ahad.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab isu tersebut yang tular berserta dakwaan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menangani masalah berkenaan.
Beliau juga berkata antara punca masalah itu ialah pembatalan pembelian oleh pihak pemborong sedangkan buah berkenaan merupakan pengeluaran berjadual.
Permintaan terhadap nanas itu juga berkurangan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyaksikan segmentasi masakan seperti majlis kenduri, restoran dan perhotelan terjejas, katanya.
BACA: PKP 2.0: Jual nanas RM1 sebiji elak lambakan
Pada masa sama beliau menyeru pekebun yang mengalami masalah pasaran agar menyalurkan masalah mereka secara terus kepada LPNM bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan dengan segera.
Sebarang aduan serta pertanyaan juga boleh dilakukan melalui sistem e-maklumbalas LPNM di www.mpib.gov.my/fms atau melalui Facebook rasmi LPNM.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pekebun di Pontian tidak dapat menjual kira-kira 4,000 biji nanas Moris kerana pasaran yang tidak memberangsangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

LPNM menyeru pekebun yang mengalami masalah pasaran agar menyalurkan masalah mereka secara terus kepada mereka. - BERNAMA

10 Berita Pilihan - (01 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Consider This: Perikatan Nasional (Part 1) - How To Measure Success?
March 1st marks one year of Tan Sri Muhyiddin as the 8th Prime Minister of Malaysia, after the parliamentary coup that ousted the Pakatan Harapan government - infamously known as the ‘Sheraton Move’. In the past year, Malaysia has had to grapple with the triple-threat of health, political, and economic crises. How has the Perikatan Nasional government fared in its first year? Melisa Idris and Sharaad Kuttan speak to political scientist Wong Chin Huat.

PSR: Kerajaan Pulau Pinang lulus sagu hati RM500 untuk nelayan
Bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

PKP lanjut atau tidak, pengumuman mengenainya dijangka esok - Azmin Ali
Ia akan diputuskan selepas dibincangkan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada petang Isnin.

Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarzoky dihukum penjara kerana rasuah
Bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan dua rakan sekutu perniagaanya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun yang mana dua daripadanya digantung kerana jenayah rasuah.

Putera Philip dipindahkan ke hospital lain selepas hampir dua minggu dirawat
Duke of Edinburgh yang berusia 99 tahun dipindahkan dari Hospital King Edward ke Hospital St Bartholomew.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

Larry Sng buat keputusan tepat sokong Muhyiddin. - Naib Presiden PBB
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan Larry Sng menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu keputusan tepat

Isu nanas Moris tidak dapat dijual libatkan pekebun tidak berdaftar - LPNM
Isu pasaran buah nanas jenis Moris yang dikatakan tidak dapat dijual di Johor melibatkan pekebun-pekebun yang tidak berdaftar.

Ular sawa enam meter ditemui dalam enjin kereta di Pontian
Seekor ular sawa sepanjang enam meter ditemui di dalam enjin kereta di sebuah bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas, dekat Pontian malam tadi.

Lima individu dipercayai tahanan depot imigresen melarikan diri
Semua tahanan difahamkan membabitkan kes imigresen dan dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.

LPNM bakal bangunkan produk hiliran baharu
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kini dalam usaha untuk membangunkan produk hiliran baharu iaitu pelet makanan haiwan ruminan yang dihasilkan daripada sisa buah berkenaan.

Penyelidik UPM cipta dron daripada daun nanas
Dron yang diberi nama Putra Unmanned Aerial Vehicle atau Putra UAV itu adalah inovasi pertama seumpamanya menggunakan gentian bahan semulajadi atau biokomposit daripada daun nanas.

Usahawan agro muda digesa manfaat industri nanas sebagai kekayaan baharu negara
Kementerian dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah memainkan peranan dalam melaksanakan program tanaman melibatkan golongan berkenaan.

Normal baharu: Pengusaha tanaman nanas jual dalam talian ketika PKP
Nanas dan sambutan Aidilfitri sememangnya tidak dapat dipisahkan memandangkan ia bahan utama untuk menghasilkan beberapa jenis kuih-muih apabila perayaan itu tiba.

PKPB: MKN gariskan SOP bagi operasi sektor pertanian, industri asas tani
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor terlibat.

Warga Bangladesh maut dihempap bahan konkrit di Pontian
Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut manakala seorang rakan senegaranya cedera setelah dihempap dengan bahan konkrit di sebuah kilang bahan binaan di Mukim Jerang Batu.

Karmaine, Wee selesai tunai tanggungjawab mengundi
Karmaine berkata sebagai calon, perasaannya amat berdebar menunggu keputusan PRK itu yang akan diumumkan malam ini.