awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
Penulis antarabangsa boikot festival sastera Australia selepas aktivis Palestin Randa Abdel-Fattah digugurkan
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Parallel Pathway: Menteri Kesihatan bentang kertas cadangan kepada Kabinet 5 Jun ini

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2024
14:53 MYT
Isu Parallel Pathway: Menteri Kesihatan bentang kertas cadangan kepada Kabinet 5 Jun ini
Dr Dzulkefly Ahmad membentangkan kertas cadangan berhubung isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau Parallel Pathway kepada Kabinet pada 5 Jun depan - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan membentangkan kertas cadangan berhubung isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau 'Parallel Pathway' kepada Kabinet pada 5 Jun depan.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir beliau juga telah menjelaskan isu berkenaan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu, memandangkan Dzulkefly kini berada di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 (WHA77) di Geneva.
Jelas Zambry dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan terdapat dua isu pokok berkaitan kemelut Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakara bidang pembedahan kardiotorasik.
"Pertama, isu pengiktirafan latihan kepakaran Parallel Pathway yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Kedua, isu pendaftaran pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran Parallel Pathway dalam Daftar Pakar (National Specialist Register – NSR) di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC)," katanya pada Rabu.
Beliau menambah, kedua-dua isu berkenaan telah dibawa dalam mesyuarat bersama KKM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada April lalu bagi mencari penyelesaian.
Dalam masa sama, Zambry mengulangi pendirian bahawa isu pengiktirafan pelajar kardiotorasik dan tuduhan membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera adalah dua isu berbeza.
Tegasnya, terdapat kumpulan yang cuba mengambil kesempatan sehingga menuduh UiTM bersikap 'apartheid', sedangkan isu utama adalah tiada pengesahan dan pengiktirafan daripada MMC kepada kumpulan pelajar terbabit.
UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program Parallel Pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotorasik.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotorasik, sama seperti mereka menerima pelajar antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Zambry Abd Kadir
#Parallel Pathway
#Dzulkefly Ahmad
#Program Latihan Ijazah Kepakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan