MALAYSIA

Isu parkir pintar di Kangar selesai menjelang 1 Ogos

Bernama 19/07/2025 | 10:40 MYT
Pada 9 Mei, media melaporkan pelaksanaan sistem parkir pintar di sekitar bandar Kangar ditangguhkan serta-merta bagi tempoh enam bulan. - Gambar/ FB YB Peghelih
KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) memberikan jaminan isu kelancaran sistem parkir pintar diselesaikan sepenuhnya menjelang 1 Ogos depan.


Ringkasan AI
  • MPKangar memberi jaminan isu kelancaran sistem parkir pintar akan diselesaikan sepenuhnya menjelang 1 Ogos, sebagai komitmen terhadap keselesaan dan kemudahan pengguna.
  • Pihak syarikat yang mengendalikan sistem telah berjanji untuk menyelesaikan sebarang kekurangan dengan segera, manakala MPKangar mengekalkan dasar menyelesaikan aduan dalam tempoh 24 jam.
  • Sistem parkir pintar yang mula beroperasi pertengahan Jun lalu telah ditangguhkan selama enam bulan sejak 9 Mei untuk penambahbaikan berkaitan keselesaan dan kemudahan pengguna.


Yang Dipertua MPKangar Affendi Rajini Kanth berkata langkah penambahbaikan itu antara komitmen pihaknya dalam memastikan keselesaan dan kelancaran urusan harian penduduk termasuk isu kecil seperti kekeliruan sistem atau kesukaran pengguna.

"Sekiranya terdapat apa jua kekurangan dari segi kelancaran sistem, pihak syarikat telah memberi aku janji akan menyelesaikannya secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog awam Yang Dipertua MKangar bagi Parlimen Kangar di sini hari ini.

Affendi berkata pihak MPKangar turut mengekalkan dasar menyelesaikan sebarang aduan dalam tempoh 24 jam.

Pada 9 Mei lepas, media melaporkan pelaksanaan sistem parkir pintar di sekitar bandar Kangar yang mula beroperasi pertengahan Jun lepas ditangguhkan serta-merta bagi tempoh enam bulan untuk penambahbaikan berkaitan keselesaan dan kemudahan penggunaannya.

-- BERNAMA



#Kangar #isu parkir #MPKangar #parkir pintar