awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pembekuan pekerja asing di tiga sektor dibincangkan esok

Bernama
Bernama
22/03/2023
14:25 MYT
Isu pembekuan pekerja asing di tiga sektor dibincangkan esok
Perbincangan itu akan diadakan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu pembekuan pekerja asing bagi tiga sektor iaitu kedai gunting rambut, gedung tekstil dan kedai emas akan dibincangkan esok, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Beliau berkata perbincangan itu akan diadakan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.
"Perkara ini telah saya bawa kepada perhatian Menteri Dalam Negeri dan Menteri KPDN. Saya telah beri surat supaya ketiga-tiga sektor ini dipertimbangkan kerana ia bukannya melibatkan jumlah yang besar, dalam lingkungan tidak lebih 15,000 pekerja," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Sivakumar memaklumkan kementeriannya sedang menyediakan satu kerangka dasar atau garis panduan untuk pekerja gig termasuk berkaitan kebajikan dan perlindungan keselamatan sosial mereka.
Mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah pula, beliau berkata sehingga Isnin lepas, 174,930 suri rumah telah berdaftar bagi skim itu dan kementerian menyasarkan pendaftaran 500,000 suri rumah hingga hujung tahun ini.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM845,163,900 bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu beku pekerja asing
#V Sivakumar
#Saifuddin Nasution
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan