awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pemilikan saham: Polis masih siasat Azam Baki - Hamzah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/03/2022
05:01 MYT
Isu pemilikan saham: Polis masih siasat Azam Baki - Hamzah
PDRM masih meneruskan siasatan berhubung isu pemilikan saham di atas nama Tan Sri Azam Baki, berkait Dang Wangi report 396/2022 bertarikh 06 Januari 2022, dengan membuka Kertas Enkuiri Polis. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait pemilikan saham atas nama beliau.
Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat.
"PDRM masih meneruskan siasatan berhubung isu pemilikan saham di atas nama Tan Sri Azam Baki, berkait Dang Wangi report 396/2022 bertarikh 6 Januari 2022, dengan membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP).
"Setakat ini, siasatan masih berterusan. Sehubungan itu, Kementerian tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berhubung kes ini supaya tidak mengganggu siasatan yang masih berlangsung," memetik jawapan bertulis bertarikh 2 Mac 2022.
SEMUA ANDA PERLU TAHU BERHUBUNG AZAM BAKI
Hamzah menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang mahu tahu jika siasatan terhadap Azam berkenaan isu pemilikan saham atas namanya masih berjalan, biarpun Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah memuktamadkan dan menutup siasatan.
SC sebelum ini mengumumkan bahawa siasatannya tidak dapat memastikan secara konklusif Azam melanggar undang-undang berhubung pemilikan sahamnya mengikut Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).
Namun, SC juga menjelaskan bahawa Azam mempunyai "kawalan" ke atas akaun dagangannya sendiri dan telah menggunakannya untuk berdagang saham.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Azam Baki
#pemilikan saham
#siasatan saham Azam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan