KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng berjenama ABC dari pasaran oleh Pihak Berkuasa Makanan Singapura (SFA) kerana mengandungi bahan alergen iaitu sulfur dioksida yang tidak diisytiharkan atau dilabel pada pembungkusan.
Sulfur dioksida diklasifikasikan sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu dan pada paras tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kepekatan yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan kesan alergik kepada sesetengah individu yang mengidap lelah atau asma apabila terhidu atau tertelan.
Kandungan sulfur dioksida melebihi 10mg/kg hendaklah diisytiharkan atau dilabelkan.
Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan produk Kicap Soya Manis dan Sambal Ayam Goreng jenama ABC tersebut turut diimport ke negara ini.
Walau bagaimanapun, sejak Jun 2021 arahan Tahan Uji Lepas (TUL) telah dikenakan ke atas produk Kicap Soya Manis berjenama ABC di semua pintu masuk negara.
Arahan pelabelan semula atau arahan untuk dihantar semula ke negara asal turut dikeluarkan sekiranya tidak mematuhi keperluan pelabelan termasuk pelabelan sulfur dioksida. Manakala pemantauan yang dijalankan di semua pintu masuk negara dan di pasaran tempatan dari Jun 2021 sehingga kini, tiada sampel produk kicap soya termasuk kicap soya ABC dikesan mengandungi sulfur dioksida.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini dan isu-isu keselamatan makanan yang lain, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman rasmi facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq .
- Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah
Kenyataan Media
Mon Sep 12 2022

Dr. Noor Hisham berkata, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. - Gambar fail

Rundingan damai di selatan Thailand tetap diteruskan walaupun kerajaan bertukar
Rundingan damai di selatan Thailand adalah agenda nasional dan ia akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar.

Pengawal sempadan Taliban, Iran bertempur di sempadan Afghanistan - Laporan
Pasukan Taliban bertempur dengan pengawal sempadan Iran di sempadan Iran-Afghanistan pada Sabtu.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam
Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

Pekerja kuari maut dihempap batu di Simpang Pulai
Seorang pekerja kuari maut selepas dihempap batu seberat kira-kira 10 tan dari ketinggian 25 meter di sebuah kawasan kuari di Simpang Pulai, pada Sabtu.

Isu penarikan semula produk kicap ABC di Singapura, ini penjelasan KKM
Sulfur dioksida diklasifikasikan sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu dan pada paras tertentu.