KUALA LUMPUR:Usaha kerajaan dalam menguruskan isu pendatang tanpa izin dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan sentimen agama antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang masing-masing diajukan kepada Menteri Dalam Negeri.
Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) bertanyakan mengenai status pelaksanaan Pelan Holistik Penguatkuasaan Pendatang Tanpa Izin yang dirangka untuk jangka masa lima tahun bagi membanteras kebanjiran golongan itu.
Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) ingin tahu, sama ada kerajaan berhasrat untuk meminda akta atau peraturan sedia ada, kepada hukuman yang lebih berat terhadap individu yang menghina, mempersenda, atau memainkan isu agama demi kepentingan tertentu.
Selain itu, Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) bertanyakan Menteri Luar berhubung kedudukan kerajaan terhadap Statut Rom dan kebarangkalian Malaysia akan bersetuju menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dalam masa terdekat.
Usai sesi itu, perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021, akan diteruskan untuk hari yang ketujuh.
Sidang Dewan akan berlangsung selama empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen - 41 pihak kerajaan serta 39 pembangkang dan Bebas - yang dibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa.
Peraturan itu diperkenalkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19.
Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Sidang Dewan berlangsung empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain hanya 80 Ahli Parlimen yang dibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Isu pendatang tanpa izin, persenda agama dibangkit Dewan Rakyat hari ini
Che Alias Hamid bertanya mengenai status pelaksanaan Pelan Holistik Penguatkuasaan Pendatang Tanpa Izin yang dirangka untuk jangka masa lima tahun bagi membanteras kebanjiran golongan itu.