awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
20/03/2023
15:00 MYT
Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Ahmad Zahid hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawantankuasa Pembangunan Belia dan menggariskan beberapa perkara penting yang dekat dalam kalangan belia. - Facebook Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengambil pendekatan secara holistik dalam menangani isu seperti pengangguran dan kebolehpasaran yang melibatkan para belia di negara ini.
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu belia seharusnya diarusperdanakan ke semua sektor berkaitan.
"Saya berharap semua pemegang taruh dapat diselaraskan dalam menjayakan hasrat kerajaan seperti tergaris dalam Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Model Pembangunan Belia Madani 2030," katanya.
Ujar beliau, antara isu atau cabaran utama yang menjadi keresahan belia ialah isu pekerjaan dan pengangguran.
Oleh yang demikian, menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia yang dipengerusikan oleh beliau pada Isnin telah membincangkan tentang langkah-langkah meningkatkan kebolehpasaran belia melalui bidang keusahawanan dan latihan kemahiran seperti TVET.
Ujar beliau, ini selepas skor Indeks Belia Malaysia (IBM) pula mendapati belia masih kurang mengikuti perkembangan aktiviti politik, kenegaraan dan demokrasi.
Beliau berkata demikian dalam perkongsian di laman media sosialnya pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Timbalan Perdana Menteri
#Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
#Isu Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan