awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pengiktirafan UEC: Keputusan mesti berpaksikan perlembagaan, bukan tekanan politik - Zambry

Bernama
Bernama
12/12/2025
15:37 MYT
Isu pengiktirafan UEC: Keputusan mesti berpaksikan perlembagaan, bukan tekanan politik - Zambry
Zambry berkata isu itu tidak boleh diputuskan berdasarkan tekanan politik atau tuntutan sempit mana-mana pihak. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa sebarang cadangan atau keputusan berkaitan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), mesti berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menterinya Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata isu itu tidak boleh diputuskan berdasarkan tekanan politik atau tuntutan sempit mana-mana pihak.
"Pendirian Kerajaan MADANI kekal konsisten bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu merupakan prinsip asas negara yang tidak boleh dikompromi.
"Prinsip ini terpakai kepada semua aliran pendidikan tanpa sebarang pengecualian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Zambry berkata KPT bersetuju dengan penegasan Perdana Menteri bahawa semua aliran pendidikan sama ada Cina, Tamil, Arab, Inggeris mahupun sekolah antarabangsa, wajib mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu.
Beliau berkata perkara itu selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan serta aspirasi nasional dalam pembinaan jati diri dan perpaduan negara.
Zambry berkata di peringkat KPT, kementerian akan terus memperkukuh hala tuju pendidikan tinggi negara yang inklusif, progresif dan berdaya saing.
"Penekanan akan terus diberikan kepada penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa teras, teknologi dan ilmu," katanya.
Pada masa yang sama, Zambry berkata KPT turut memperkasa Bahasa Inggeris serta bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa suku kaum bagi melahirkan bakat nasional yang multilingualisme, seimbang, berakar pada nilai kenegaraan serta mampu memenuhi tuntutan dan cabaran global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UEC
#pengiktirafan
#Perlembagaan
#tekanan politik
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan