Isu perarakan: Enam Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis

Bernama
Ogos 4, 2021 10:48 MYT
Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (kiri) keluar dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi selepas memberi keterangan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Setakat ini, enam Ahli Parlimen sudah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen lain berhubung isu itu mengikut masa yang sesuai.
"Mereka ini akan dipanggil pada setiap hari," katanya kepada Bernama.
Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.
Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan oleh pihak polis.
-- BERNAMA
#ahli Parlimen #Buka Parlimen #Dewan Rakyat #Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi #keterangan polis #Ketua Polis Kuala Lumpur #Azmi Abu Kassim #Perarakan pembangkang #Dataran Merdeka #Jalan Parlimen