awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pergaduhan Orang Asli Kampung Arong, polis selesai

Bernama
Bernama
27/05/2025
09:50 MYT
Isu pergaduhan Orang Asli Kampung Arong, polis selesai
Penduduk dikatakan membuat provokasi terhadap anggota polis sehingga berlaku ketegangan dengan rakaman video itu kemudiannya tular di media sosial semalam.
KUANTAN: Isu pergaduhan di antara penduduk Orang Asli Kampung Arong, Pekan dekat sini dengan polis yang tular di media sosial, telah selesai.

Ringkasan AI
  • Isu pergaduhan antara penduduk Orang Asli Kampung Arong dan polis di Pekan telah diselesaikan secara aman selepas penduduk hadir ke balai polis untuk memohon maaf.
  • Insiden berlaku apabila polis menasihatkan penduduk agar tidak menghalang kerja pengukuran tanah oleh sebuah kilang, namun berlaku provokasi hingga ketegangan tercetus.
  • Polis tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung kejadian tersebut walaupun rakaman video insiden itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku pada Sabtu lepas dan penduduk terlibat hadir ke Balai Polis Paloh Hinai, Pekan untuk meminta maaf sehari selepas itu.
"Polis tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung insiden itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata insiden berlaku selepas sepasukan anggota bersama Ketua Balai Polis Paloh Hinai, menasihatkan penduduk untuk mengikut undang-undang dan tidak menghalang pekerja sebuah kilang mengukur tanah bagi mendirikan bangunan.
Bagaimanapun, penduduk telah membuat provokasi terhadap anggota polis sehingga berlaku ketegangan dengan rakaman video itu kemudiannya tular di media sosial semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#Orang Asli
#Kampung Arong
#bergaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami