awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu perpaduan kaum, pakaian sukan patuh syariah antara tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
28/10/2019
23:36 MYT
Isu perpaduan kaum, pakaian sukan patuh syariah antara tumpuan Dewan Rakyat
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, soalan diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri akan menjadi pemula. -Gambar fail
Persoalan tentang perpaduan dan langkah kerajaan untuk menangani dan mengendurkan ketegangan berikutan meluasnya isu-isu sensitif perkauman, adalah antara perkara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, soalan diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada Perdana Menteri akan menjadi pemula untuk sesi jawab lisan.
Tidak kurang menariknya soalan yang dikemukakan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) kepada Menteri Belia dan Sukan sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan pakaian patuh syariah bagi semua aktiviti sukan dan pertandingan yang dianjur di dalam mahu pun di luar negara.
Selain itu, Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) turut mengambil bahagian dalam sesi jawab lisan dengan mengajukan pertanyaan kepada Perdana Menteri tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diwajibkan kepada agensi pengendali pakej Haji Furada bagi mengelak kes jemaah haji terkandas seperti yang berlaku sebelum ini.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
#Ismail Mohamed Said
#isu sensitif perkauman
#prosedur operasi standard
#Shaharizukirnain Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan