awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 'PhD' Azizan Osman: Richworks tampil beri penjelasan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/10/2016
10:52 MYT
Isu 'PhD' Azizan Osman: Richworks tampil beri penjelasan
Dalam satu kenyataan daripada Richworks, Azizan dijangka menamatkan pelajaran dan memenuhi semua syarat untuk dianugerahkan Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. - Gambar fail
SELEPAS kecoh isu ijazah kedoktorannya yang dikatakan tidak wujud dan tidak sah, pakar motivasi dan penceramah Azizan Osman akhirnya memberi reaksi balas.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Kumpulan Richworks, pihak syarikat telahpun membuat laporan polis berkenaan isu ijazah kehormat dari Universiti Malaya itu.
Ini kerana, dakwanya, ada kemungkinan pihak mereka telah diperdaya oleh individu-individu tertentu yang tidak mewakili universiti berkenaan.
Menurut kenyataan itu, Azizan merupakan pemegang ijazah Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat yang diperoleh pada tahun 2009.
Dia juga dijangka menamatkan pelajaran dan memenuhi semua syarat untuk dianugerahkan Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom.
Majlis konvokesyen dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.
Berhubung isu ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia, kenyataan itu menyebut, ia adalah berpunca daripada kelemahan prosedur operasi pihak syarikat berkenaan.
Pihak Richworks, dalam kenyataan itu, memberitahu mereka mengambil serius isu terbabit dan berharap penjelasan itu dapat membantu merungkaikan kontroversi itu.
Topic Berkaitan
#Azizan Osman
#Facebook
#PhD
#Richworks International Sdn Bh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan