MALAYSIA
Isu Pulau Batu Puteh: Tiada tindakan terhadap Tun Mahathir - PM Anwar
Laporan RCI mendedahkan bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula keputusan ICJ pada 2008 yang menganugerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usia beliau yang sudah lanjut.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, Kabinet tetap berpendirian bahawa Dr Mahathir bersalah kerana keputusan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Pulau Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.
Namun menurut beliau, keputusan Kabinet untuk tidak mengambil tindakan undang-undang juga mengambil kira status Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.
“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan PM yang umurnya hampir 100 tahun.
“Apakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah.
“(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat Kabinet, saya setuju tak ambil tindakan.
“Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin), yang akan jerit kata kita tak adil,” katanya ketika sesi Jawapan Menteri pada sidang Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas–Kota Bharu).
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang telah dinyahklasifikasi dan dikeluarkan pada Disember tahun lalu mendedahkan bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak telah membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.
Bagaimanapun, Dr Mahathir mendakwa bahawa laporan RCI berkenaan adalah bermotif politik untuk memusnahkan imejnya, kerana hanya beliau seorang yang dipertanggungjawabkan.
Tegas beliau, keputusan berhubung Pulau Batu Puteh dibuat secara bersama oleh Kabinet ketika itu.
Namun begitu, beliau menyatakan kesediaan untuk berdepan sebarang siasatan jenayah. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Kerajaan tidak ambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usia dan status beliau sebagai bekas Perdana Menteri.
- Kabinet tetap berpendirian Dr Mahathir bersalah kerana menarik balik semakan ICJ pada 2018, namun laporan RCI dinyahklasifikasi menunjukkan keputusan dibuat secara sepihak.
- Dr Mahathir dakwa laporan RCI bermotif politik, tetapi menyatakan kesediaan menghadapi siasatan jenayah jika perlu, dengan menegaskan keputusan dibuat bersama Kabinet ketika itu.