Membuka dan menguruskan pusat tahfiz memerlukan keikhlasan tetapi keikhlasan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ia harus disertai dengan kemampuan mereka untuk mematuhi syarat yang disediakan kerajaan.
Jelas Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mengakui isu ini sering dilatari dengan sentimen agama, begitupun beliau bertegas isu ini tidak selesai dengan sekadar bertawakal.
"Nabi (Muhammad s.a.w) tak benarkan (hanya) tawakal. Kita kena tambat dahulu unta, baru kita bertawakal kepada Allah, dan bukannya kita lepaskan begitu sahaja," tegasnya semasa ditemu ramah Astro AWANI pada Khamis.
"Kita tahu mahaad tahfiz di mana-mana sahaja tidak memenuhi syarat-syarat sepenuhnya, tetapi oleh kerana sentimen agama, pihak berkuasa pun takut (untuk ambil tindakan) kerana dianggap menghalang.
"Jadi kita rasa tak apalah mereka nak belajar. Akhirnya kita mengorbankan perkara yang lebih besar apabila berlaku peristiwa seperti ini," kata Mohd Asri.
Mohd Asri berkata nyawa anak-anak tahfiz ini lebih bernilai dan sekiranya mereka masih hidup tentu banyak sumbangan yang boleh mereka berikan.
"Soal reda dengan Allah satu hal, tetapi soal kecuaian dan penipuan mana-mana pihak yang bertangungjawab mesti dipertanggungjawabkan," katanya lagi.
Dengan nada kecewa, Mohd Asri turut mendedahkan ada sebahagian pengusaha yang mempergunakan maahad tahfiz untuk mengaut kewangan.
"Dia boleh mendapatkan kutipan derma daripada orang Islam kerana banyak orang akan menderma dan derma itu juga tidak ada pihak yang akan mengauditnya dan kita pun tidak tahu bagaimana ia akan dibelanjakan.
"Jadi kadang kala kita tengok pengusaha maahad tahfiz begitu mewah tetapi sekolahnya begitu daif sedangkan derma orang ramai mencurah-curah," tambahnya.
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Thu Sep 14 2017
MOHD ASRI: Kita tahu mahaad tahfiz di mana-mana sahaja tidak memenuhi syarat-syarat sepenuhnya, tetapi oleh kerana sentimen agama, pihak berkuasa pun takut (untuk ambil tindakan) kerana dianggap menghalang. -Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Mufti Perlis gesa Harimau Malaysia tarik diri Piala AFF Suzuki 2016
Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu adalah perlu sebagai mencerminkan pendirian Malaysia.
Ahmad Maslan tidak bodoh - Mohammad Agus
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menegaskan tidak pernah menyatakan secara terbuka Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai seorang pemimpin yang bodoh.
Zikir sambil 'goyang badan': Itu keputusan peribadi Pengerusi JFK - Dr MAZA
Keputusan tiada larangan terhadap perbuatan melakukan zikir sambil 'menggoyangkan badan' disifatkan keputusan peribadi Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
"Boleh tinggal solat Jumaat jika jerebu teruk" - bekas Mufti Perlis
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata lelaki Islam dibolehkan untuk tinggalkan solat Jumaat di masjid sekiranya keadaan jerebu sangat teruk.