MALAYSIA
Isu rasuah: 'Kalau di pejabat saya tidak terlepas tindakan, kenapa tidak di pejabat lain' - PM
Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan melindungi sesiapa pun sekiranya terbukti terlibat dalam sebarang jenayah rasuah. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jika pegawai di pejabatnya boleh diambil tindakan, perkara sama boleh dilakukan di pejabat lain sekiranya timbul isu rasuah atau salah tadbir.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan melindungi sesiapa pun sekiranya terbukti terlibat dalam sebarang jenayah rasuah.
“Kalau di pejabat saya tidak terlepas daripada tindakan kenapa tidak boleh jadi ke pejabat Ketua Setiausaha Negara contohnya, malah pejabat Peguam Negara tidak terlepas,” kata beliau, semasa menyampaikan
ucaptama Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di sini, hari ini.
Menurut Anwar, sekiranya usaha memperkasa integriti berlaku di lapisan tertinggi pentadbiran ia merupakan perkara yang paling mulia.
“Kalau ini ada (berlaku) maka kita telah meningkatkan usaha ke arah paling paling mulia dari sudut mempertahankan Integriti dan kebersihan,” tambahnya.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut memuji usaha kerjasama di antara Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan SPRM dalam membanteras rasuah.
Walaupun jenayah tersebut masih berleluasa namun tindakan penguatkuasa telah membuktikan keazaman satu tekad dalam memastikan negara bebas dari golongan kartel dan penyeludup besar, ujar beliau.
“Saya tidak boleh nafikan betapa kita singgung dan sinis sekalipun…usaha besar pengorbanan dan saya bangga bekerja dengan pasukan penguatkuasa yang berani dan tegas…saya ucapkan terima kasih bagi seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menegaskan tiada pengecualian jika berlaku isu rasuah di pejabatnya, menegaskan tidak akan melindungi sesiapa terlibat dalam jenayah rasuah.
- Usaha memperkasa integriti di lapisan tertinggi pentadbiran disifatkan sebagai tindakan yang mulia dan penting untuk mempertahankan kebersihan dan integriti.
- Perdana Menteri memuji kerjasama di antara agensi seperti Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dan SPRM dalam membanteras rasuah, sambil menyatakan kegigihan penguatkuasa dalam usaha tersebut.
Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan melindungi sesiapa pun sekiranya terbukti terlibat dalam sebarang jenayah rasuah.
“Kalau di pejabat saya tidak terlepas daripada tindakan kenapa tidak boleh jadi ke pejabat Ketua Setiausaha Negara contohnya, malah pejabat Peguam Negara tidak terlepas,” kata beliau, semasa menyampaikan
ucaptama Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di sini, hari ini.
Menurut Anwar, sekiranya usaha memperkasa integriti berlaku di lapisan tertinggi pentadbiran ia merupakan perkara yang paling mulia.
“Kalau ini ada (berlaku) maka kita telah meningkatkan usaha ke arah paling paling mulia dari sudut mempertahankan Integriti dan kebersihan,” tambahnya.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut memuji usaha kerjasama di antara Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan SPRM dalam membanteras rasuah.
Walaupun jenayah tersebut masih berleluasa namun tindakan penguatkuasa telah membuktikan keazaman satu tekad dalam memastikan negara bebas dari golongan kartel dan penyeludup besar, ujar beliau.
“Saya tidak boleh nafikan betapa kita singgung dan sinis sekalipun…usaha besar pengorbanan dan saya bangga bekerja dengan pasukan penguatkuasa yang berani dan tegas…saya ucapkan terima kasih bagi seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan tindakan terhadap rasuah atau salah tadbir di pejabatnya?
A: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pegawai di pejabatnya boleh diambil tindakan jika terlibat dalam isu rasuah atau salah tadbir, tanpa pengecualian. - Q: Siapakah tokoh-tokoh penting yang turut hadir semasa ucaptama Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 dihadiri oleh Perdana Menteri?
A: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki turut hadir pada ucaptama tersebut. - Q: Apa yang Perdana Menteri puji berkenaan usaha kerjasama di antara beberapa agensi kerajaan dalam membanteras rasuah?
A: Perdana Menteri memuji usaha kerjasama di antara Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), dan SPRM dalam membanteras rasuah, menunjukkan keazaman dan tekad untuk memastikan negara bebas dari kartel dan penyeludup besar.