Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Isu RM2.6 bil, Obama enggan komen

Astro Awani 22/11/2015 | 11:59 MYT
OBAMA: Sebagai menghormati Najib, saya tidak memberi komen tentang siasatan di Amerika Syarikat. - Gambar Fail
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengaku ada membangkitkan mengenai kepentingan membanteras penyelewengan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai penyiasatan berhubung dana RM2.6 bilion dalam akaun Najib, Obama enggan memberi sebarang komen.

"Sebagai menghormati Najib, saya tidak memberi komen tentang siasatan di Amerika Syarikat dan sudah pasti saya tidak akan memberi komen bagi apa-apa siasatan yang mungkin dijalankan di sini.

"Namun saya ada bangkitkan kepentingan ketelusan dan akauntabiliti serta membanteras gejala korupsi dalam pertemuan saya dengan Najib sama seperti apa yang saya bangkitkan bila bertemu dengan pemimpin di serata dunia," katanya dalam sidang media merumuskan lawatannya ke Malaysia, hari ini.

Katanya, gejala begini membantutkan pertumbuhan mana-mana negara jika dibiarkan berleluasa.

BACA: #ObamainKL: Apa katanya dan perkara dilakukannya di KL?


Menurut Obama, jika masalah seperti ini dapat diselesaikan, negara terbabit mampu untuk terus maju.

Obama turut menyatakan beliau tidak mengharapkan setiap negara mengikut hala tuju Amerika Syarikat.
#ASEAN #Barack Obama #militan #Najib Razak #Perdana Menteri #Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik #TPPA