MALAYSIA
Isu rogol statutori: Cadangan Ketua Polis Kelantan pandangan peribadi - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata cadangan itu adalah berdasarkan angka dan statistik kes tersebut di Kelantan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan cadangan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung tindakan terhadap pelaku jenayah seksual bawah umur dengan kerelaan, atau suka sama suka, sebagai pandangan peribadi.
Ringkasan AI
Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara sempena hari pertama penggantian cip MyKad rosak percuma di sini hari ini, beliau berkata cadangan itu adalah berdasarkan angka dan statistik kes tersebut di Kelantan.
"Itu pendapat beliau... belum sampai masanya untuk saya bagi komen apa-apa... Mohd Yusoff bagi pandangan berasaskan kepada angka-angka yang berlaku di Kelantan," katanya.
Ketua Polis Kelantan itu telah mencadangkan agar satu perbincangan diadakan mengenai isu kes rogol "suka sama suka" supaya tindakan diambil kepada pasangan terbabit dan bukan hanya terhadap pihak lelaki.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution membidas tindakan segelintir pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia yang mengeluarkan kenyataan mengecam cadangan Mohd Yusoff.
"Polis luka, kena baling serpihan batu, senyap, sepi... tak ada satu ulasan pun daripada kumpulan ini... nak jadi pejuang hak asasi ini, kena jadi semua," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menyifatkan cadangan Ketua Polis Kelantan berhubung tindakan terhadap pelaku jenayah seksual bawah umur secara suka sama suka sebagai pandangan peribadi berdasarkan statistik kes di negeri itu.
- Ketua Polis Kelantan mencadangkan agar pasangan terbabit dalam kes rogol suka sama suka turut dikenakan tindakan, bukan hanya pihak lelaki, namun cadangan itu menerima kecaman daripada beberapa kumpulan hak asasi manusia.
- Saifuddin membidas sikap selektif segelintir pihak yang hanya bersuara dalam isu tertentu, sedangkan insiden melibatkan kecederaan terhadap anggota polis tidak mendapat perhatian sama daripada kumpulan tersebut.