ISU rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual tidak boleh dijadikan sebagai satu bahan jenaka atau gurauan oleh mana – mana pihak. Isu rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual perlu dilihat sebagai satu isu yang serius oleh semua orang. Sekiranya kita jadikan isu – isu ini sebagai satu bahan jenaka atau gurauan ia dibimbangi akan menghantar satu isyarat yang salah kepada orang ramai mengenai isu – isu berkenaan. Setiap orang termasuk pelajar sekolah harus ketahui bahawa isu rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual adalah satu isu yang serius dan tidak boleh sesekali dijadikan sebagai bahan jenaka ataupun gurauan. Jika kita tidak memandang serius terhadap perkara ini dari sekarang, pelaku akan menjadi lebih berani untuk jadikan isu – isu sebagai bahan jenaka ataupun gurauan dan akan melakukan kesalahan yang lebih berat dimasa akan datang.
Penting untuk diketahui, isu melibatkan rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual memberi kesan yang besar terhadap diri mangsa terutamanya kesan mental dan emosi. Sekiranya tiada langkah diambil bagi membantu mangsa dari awal, mangsa boleh terdedah dengan masalah tekanan perasaan atau depresi dan mangsa juga boleh melakukan pelbagai perkara yang boleh mengundang bahaya terhadap diri mereka sendiri seperti perbuatan membunuh diri. Isu
rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual ini adalah isu yang serius. Oleh yang demikian, adalah penting supaya setiap ugutan ataupun gangguan yang diterima dan diadukan oleh mangsa disiasat dengan serius dan tindakan susulan diambil bagi memberi jaminan kepada mangsa bahawa dirinya akan sentiasa dilindungi dibawah undang – undang dalam negara kita. Baru – baru ini kita telah didedahkan dengan isu melibatkan seorang guru yang dikatakan membuat lawak jenaka mengenai isu rogol terhadap pelajar – pelajarnya. Salah seorang pelajarnya merasakan tindakan yang dilakukan oleh guru berkenaan adalah tidak wajar lalu pelajar berkenaan telah membuat laporan polis. Akibat daripada isu ini juga, pelajar berkenaan telah menerima ugutan rogol dari rakan sekelasnya. Ini jelas menunjukan kepada kita masih ramai pihak dalam negara kita yang masih tidak memandang serius terhadap isu berkaitan dengan rogol, ugutan dan gangguan seksual. Pendidikan dan kesedaran berterusan harus diberikan kepada semua pihak dalam negara kita termasuk kepada para guru dan pelajar disekolah berkaitan dengan isu rogol, ugutan rogol dan gangguan seksual.
Rogol, ugutan rogol dan gangguan seksual adalah satu kesalahan jenayah yang serius dan tidak boleh dilakukan oleh mana – mana pihak. Sebarang ugutan dan gangguan berbentuk seksual tidak boleh dilakukan oleh mana – mana pihak dalam negara kita walaupun ia hanya dikatakan sebagai jenaka atau gurauan. Semua pihak harus belajar untuk ketahui batasan – batasan yang wujud dalam percakapan, jenaka dan gurauan seharian mereka. Ada perkara yang kita boleh bergurau dan berjenaka dan ada juga perkara yang kita tidak bergurau dan berjenaka. Perkara yang melibatkan rogol, ugutan rogol dan gangguan seksual tidak boleh dijadikan sebagai gurauan ataupun jenaka pada bila – bila masa dan dimana – mana pun.
Golongan pelajar harus di didik mengenai isu – isu ini dan usaha pendidikan ini harus dilakukan melalui cara yang bersesuaian dan profesional supaya tidak berlaku salah anggap ataupun konflik oleh mana – mana pihak. Guru memainkan peranan penting bagi mendidik pelajar mereka terhadap isu – isu ini. Namun, guru – guru perlu dilatih sebelum mereka dibenarkan bercakap perkara berkaitan dengan isu – isu ini kepada pelajar mereka. Pihak pengurusan sekolah boleh jalinkan kerjasama erat dengan persatuan dan badan – badan bukan kerajaan (NGO) dalam negara kita bagi melatih guru – guru disekolah mereka terhadap perkara ini.
Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu memandang serius diatas isu berkaitan dengan masalah gangguan seksual yang dilihat kerap kali dilaporkan berlaku dalam negara kita. Isu gangguan seksual ini bukan satu isu yang jarang kita dengari. Hampir setiap tahun kita akan didedahkan dengan isu ini. Kita telah didedahkan dengan isu yang melibatkan masalah gangguan seksual yang dihadapi oleh peguam muda, doktor pelatih, golongan wartawan serta pelajar di universiti. Masalah gangguan seksual ini perlu dipandang serius kerana ia memberi kesan yang amat mendalam kepada diri mangsa dan kehidupannya. Mangsa yang hadapi masalah gangguan seksual ini selalunya tidak dapat hidup dengan aman akibat daripada gangguan yang dihadapinya. Mental dan emosi mangsa gangguan seksual akan terjejas dan ini akan menyebabkan mangsa tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti yang biasa dilakukannya. Sekiranya tiada langkah diambil dari sekarang bagi membendungnya, masalah gangguan seksual ini akan terus berlaku dan lebih ramai pihak lagi dalam negara kita yang berisiko menjadi mangsa. Gangguan seksual ini boleh berlaku pada diri sesiapa pun tanpa mengira jantina mereka dan ia boleh berlaku dimana – mana tanpa mengira tempat dan masa.
BACA: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol
BACA: Jenaka rogol? Tiada toleransi! - Radzi Jidin
Masalah gangguan seksual yang berlaku dalam negara kita perlu dipandang serius. Selain daripada mengunakan pendekatan proses pendidikan bagi melahirkan kesedaran orang ramai terhadap isu gangguan seksual ini, negara kita juga perlu memiliki satu bentuk perundangan yang kuat terhadap isu berkenaan. Perlu diketahui, pada masa kini tiada akta khusus untuk mengatasi masalah gangguan seksual yang berlaku. Mangsa gangguan seksual boleh mengambil langkah perudangan melalui beberapa jenis saluran seperti melalui Undang – Undang Buruh ataupun Kanun Keseksaan. Walaupun terdapat pelbagai jenis peruntukkan undang – undang mengenai perkara ini, pihak kerajaan digesa supaya memperkenal akta khusus berkaitan dengan isu gangguan seksual seperti yang telah dicadangkan oleh pihak badan – badan bukan kerajaan (NGO) dalam negara kita agar kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang – undang yang lebih jelas tanpa menumpang atau menggunakan akta lain seperti yang dinyatakan diatas yang mempunyai kelemahan masing – masing terutamanya dari aspek skop pemakaian undang – undang terbabit dan proses pembuktian yang tinggi. Cadangan undang – undang khusus mengenai gangguan seksual yang ingin diwujudkan berkenaan mempunyai dua matlamat penting. Pertamanya ia mengkehendaki setiap pihak mengambil langkah proaktif mencegah gangguan seksual dan keduanya ia menyediakan kepada pihak mangsa satu bentuk proses pembelaan undang – undang yang lebih sesuai, berkesan dan bermakna.
* Dr Muzaffar Syah Mallow ialah Profesor Madya di Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI
Muzaffar Syah Mallow
Wed Apr 28 2021
Isu melibatkan rogol, ugutan rogol atau gangguan seksual memberi kesan yang besar terhadap diri mangsa terutamanya kesan mental dan emosi. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.