GEORGE TOWN: Polis menerima 20 laporan berhubung isu salah guna kad pengenalan di Pulau Pinang pada hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata ekoran itu, pihaknya membuka 20 kertas siasatan berhubung insiden tersebut untuk disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Keadaan itu menyebabkan 20 individu tidak dibenarkan mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu apabila maklumat peribadi atau kad pengenalan mereka sudah digunakan oleh pihak lain.
"Sehubungan itu, polis membuka 20 kertas siasatan berhubung kejadian tersebut dan kami sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen iaitu dari 29 Julai hingga hari pengundian, Polis Pulau Pinang menerima 87 laporan membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan pilihan raya di negeri itu.
Khaw juga berkata daripada jumlah itu, polis membuka 42 kes serta dua kertas inkuari dan kesemuanya masih dalam siasatan lanjut.
Beliau berkata setakat ini, tiada sebarang tangkapan membabitkan laporan polis atau kertas siasatan yang dijalankan oleh pihaknya.
"Daripada 42 kertas siasatan itu, 20 kes membabitkan isu kad pengenalan atau identiti mereka digunakan manakala kes lain melibatkan khianat iaitu merosakkan sepanduk, bendera atau bahan kempen.
"Kami juga buka kertas siasatan dua kes berkaitan 3R (bangsa, agama dan raja) dan kes membabitkan fitnah terhadap calon, curi bendera, ugutan dan cetak kertas undi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya membuka 20 kertas siasatan berhubung insiden tersebut untuk disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Isu salah guna kad pengenalan semasa PRN: Polis P. Pinang buka 20 kertas siasatan
Keadaan itu menyebabkan 20 individu tidak dibenarkan mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu.