MALAYSIA
Isu sempadan: Kerajaan Persekutuan serius dapatkan pandangan Sarawak, Sabah
Mohamad berkata penglibatan kerajaan negeri serta agensi berkaitan dalam setiap proses rundingan dan perbincangan juga menunjukkan kerajaan Persekutuan mengamalkan pendekatan keseluruhan kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penglibatan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam Rundingan Tahunan ke-13 bersama Indonesia membuktikan kerajaan Persekutuan serius mendapatkan pandangan kerajaan negeri, terutama melibatkan isu sempadan termasuk berkaitan Laut Sulawesi.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata penglibatan kerajaan negeri serta agensi berkaitan dalam setiap proses rundingan dan perbincangan juga menunjukkan kerajaan Persekutuan mengamalkan pendekatan keseluruhan kerajaan.
Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Luar sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan berhubung hal persempadanan maritim Malaysia.
"Dalam hal ini, perbincangan berkaitan sempadan maritim berlandaskan prinsip perundangan dan teknikal yang dilakukan secara teliti, cermat dan berhemah. Kerajaan sentiasa membuat penilaian terperinci, menyeluruh berhubung sebarang cadangan penyelesaian," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sama ada kerajaan bercadang melibatkan Kerajaan Negeri Sabah dalam sebarang rundingan berkaitan isu Laut Sulawesi supaya kepentingan negeri dipelihara sekali gus memastikan peluang ekonomi dapat dinikmati rakyat Sabah.
Menjawab soalan tambahan Bung Moktar mengenai hasil dan impak perbincangan itu dalam skop melibatkan negeri Sabah, Mohamad berkata perbincangan tidak hanya tertumpu pada hal ekonomi maritim, malah turut melibatkan perkara meliputi kepentingan Indonesia dan Sabah.
"Ini terutamanya tentang akses pendidikan, CLC (Community Learning Centre) yang banyak di Sabah ... keduanya, berbincang juga soal perdagangan di sempadan, water trade di antara Sabah dan Indonesia," katanya.
Mengenai soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkaitan isu melibatkan ahli perniagaan Indonesia Mohd Riza Chalid yang didakwa berada di negara ini, Alamin mengulangi pendirian Malaysia bahawa tiada perlindungan diberikan kepada sesiapa pun dalam proses undang-undang.
"Yang penting integriti Malaysia dan kerjasama dengan Indonesia untuk kita pelihara. Soal beliau (Mohd Reza) itu soal undang-undang," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Mohd Riza yang dinamakan pihak berkuasa Indonesia sebagai suspek kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah PT Pertamina bagi tempoh 2018 hingga 2023, didakwa berada di Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penglibatan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dalam Rundingan Tahunan ke-13 menunjukkan keseriusan kerajaan Persekutuan mendapatkan pandangan negeri, khususnya dalam isu sempadan seperti Laut Sulawesi.
- Kementerian Luar bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan dan agensi negeri dalam rundingan persempadanan maritim, berlandaskan prinsip perundangan dan teknikal secara teliti dan berhemah.
- Perbincangan turut merangkumi isu akses pendidikan seperti Community Learning Centre (CLC), perdagangan sempadan termasuk water trade, serta penegasan bahawa tiada perlindungan undang-undang diberikan kepada individu seperti Mohd Riza Chalid yang didakwa terlibat dalam kes rasuah di Indonesia.