SHAH ALAM: Soal siapa yang memegang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bukan isu penting, sebaliknya usaha mengatasi masalah dan memenuhi keperluan mangsa banjir perlu diutamakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana ramai lagi mangsa banjir di negeri itu perlu dibantu.
"Tak apalah, saya hendak selesaikan masalah ini (banjir) lepas itu kita bincang siapa hendak jadi pengerusi (Majlis Keselamatan Negara di Selangor), tiada masalah bagi saya," katanya pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM) Pasca Banjir di Padang Jawa, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han dan Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir.
Pada Rabu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.
Berikutan itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menafikan dakwaan Amirudin bahawa jawatan Pengerusi MKN Selangor sudah bertukar tangan.
Artikel asal di SInar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 23 2021
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika ditemui media ketika hadir meninjau operasi pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM) susulan kejadia banjir baru-baru ini, di Padang Jawa hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu siapa Pengerusi MKN Selangor selesai kemudian, fokus selesai banjir dahulu - MB
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana ramai lagi mangsa banjir di negeri itu perlu dibantu.