MALAYSIA
Isu sijil halal di HCTM: Menteri KPT perjelas kelewatan proses permohonan
Tanpa pelantikan PIC, syarikat tidak boleh mendaftar permohonan halal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tampil menjelaskan isu berhubung status halal tender perkhidmatan sajian makanan pesakit di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), susulan dakwaan penyedia perkhidmatan tidak memiliki sijil halal.
Ringkasan AI
Menurut beliau, dakwaan itu sebenarnya berpunca daripada kelewatan teknikal dalam proses permohonan sijil halal terhadap premis operasi yang digunakan bagi tujuan penyediaan makanan selepas kontrak diperoleh.
“Permohonan nak dapat sijil halal bukan kepada syarikat tapi kepada premis berkenaan ini kekangan teknikal saya lihat bukan saja KPT tetapi melibatkan kementerian lain yg perlu dikemas kini,” katanya semasa menyampaikan ucapan di sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat, hari ini.
Jelas Zambry, syarikat yang menerima tender itu sebenarnya mempunyai premis lain yang telah memiliki sijil halal, malah turut menjalinkan kerjasama dengan pembekal yang telah diperakui halal oleh pihak berwajib.
“Bagi syarikat ini ada premis-premisnya yang memang ada sjil halal malah apabila dia berjaya dalam kontrak ini pembekal yang membekalkan sudah ada sijil halal,” katanya.
Tambah beliau, berdasarkan syarat semasa, syarikat yang menerima tender perlu memohon sijil halal dalam tempoh enam bulan, namun dalam kes ini, kelewatan berlaku kerana pelantikan Pegawai Bertanggungjawab (PIC) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dibuat lewat.
“Apa berlaku dalam kes ini apabila syarikat tersebut mendapat tender pada 2024, (syarikat) mendapat PIC hanya pada 14 April 2025,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa tanpa pelantikan PIC, syarikat tidak boleh mendaftar permohonan halal, seterusnya menyebabkan proses semakan, audit dan kelulusan premis terhalang.
Zambry menegaskan isu tersebut harus menjadi pengajaran bukan sahaja kepada kementerian tetapi juga kepada syarikat penyedia perkhidmatan agar lebih bersedia dalam aspek teknikal dan pematuhan prosedur halal.
“Saya harap supaya hal ini dapat diperbetulkan kerana jadi kerisauan pada rakyat di luar sana bahawa apa yang berlaku tidak ada sijil halal saya ingat kita perbetulkan,” katanya.
Ringkasan AI
- Menteri Pengajian Tinggi menjelaskan bahawa dakwaan premis sajian makanan tidak halal berpunca daripada kelewatan pelantikan Pegawai Bertanggungjawab (PIC) untuk proses permohonan sijil halal, bukan kerana syarikat tidak mematuhi syarat.
- Syarikat penyedia tender mempunyai premis lain dan pembekal yang telah memiliki sijil halal, namun belum dapat memohon sijil untuk premis baharu kerana masalah teknikal berkaitan pelantikan PIC oleh JAKIM.
- Zambry menyeru agar kementerian dan penyedia perkhidmatan lebih bersedia dalam aspek pematuhan halal agar tidak timbul kegusaran awam yang boleh jejaskan kepercayaan terhadap penyediaan makanan hospital.
Menurut beliau, dakwaan itu sebenarnya berpunca daripada kelewatan teknikal dalam proses permohonan sijil halal terhadap premis operasi yang digunakan bagi tujuan penyediaan makanan selepas kontrak diperoleh.
“Permohonan nak dapat sijil halal bukan kepada syarikat tapi kepada premis berkenaan ini kekangan teknikal saya lihat bukan saja KPT tetapi melibatkan kementerian lain yg perlu dikemas kini,” katanya semasa menyampaikan ucapan di sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat, hari ini.
Jelas Zambry, syarikat yang menerima tender itu sebenarnya mempunyai premis lain yang telah memiliki sijil halal, malah turut menjalinkan kerjasama dengan pembekal yang telah diperakui halal oleh pihak berwajib.
“Bagi syarikat ini ada premis-premisnya yang memang ada sjil halal malah apabila dia berjaya dalam kontrak ini pembekal yang membekalkan sudah ada sijil halal,” katanya.
Tambah beliau, berdasarkan syarat semasa, syarikat yang menerima tender perlu memohon sijil halal dalam tempoh enam bulan, namun dalam kes ini, kelewatan berlaku kerana pelantikan Pegawai Bertanggungjawab (PIC) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dibuat lewat.
“Apa berlaku dalam kes ini apabila syarikat tersebut mendapat tender pada 2024, (syarikat) mendapat PIC hanya pada 14 April 2025,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa tanpa pelantikan PIC, syarikat tidak boleh mendaftar permohonan halal, seterusnya menyebabkan proses semakan, audit dan kelulusan premis terhalang.
Zambry menegaskan isu tersebut harus menjadi pengajaran bukan sahaja kepada kementerian tetapi juga kepada syarikat penyedia perkhidmatan agar lebih bersedia dalam aspek teknikal dan pematuhan prosedur halal.
“Saya harap supaya hal ini dapat diperbetulkan kerana jadi kerisauan pada rakyat di luar sana bahawa apa yang berlaku tidak ada sijil halal saya ingat kita perbetulkan,” katanya.

#Halal
#JAKIM
#Zambry Abdul Kadir
#terkini
#Hospital Canselor Tuanku Muhriz
#tender perkhidmatan sajian makanan