awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tafsir sendiri ayat al-Quran: Howard Lee beri keterangan kepada polis Selasa ini

Bernama
Bernama
24/09/2023
15:15 MYT
Isu tafsir sendiri ayat al-Quran: Howard Lee beri keterangan kepada polis Selasa ini
Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How akan memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap beliau yang didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran Selasa ini. - Gambar fail
IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How akan memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap beliau yang didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran Selasa ini.
"Pihak polis telah menghubungi saya dan saya akan memberikan kenyataan pada tengah hari Selasa ini di Ipoh," katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.
Lee berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada polis namun enggan mengulas lanjut.
Pada Jumaat lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya akan merekod keterangan Lee dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman.
Sebelum itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata laporan asal atau laporan pertama kes tersebut dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur manakala badan bukan kerajaan iaitu Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak turut membuat laporan pada Khamis lepas.
Presiden Jabat Perak Amiruddin Mohd Daud berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil terhadap Lee yang dianggap menghina Islam kerana membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran sekali gus menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Howard Lee
#beri keterangan
#polis
#tafsiran sendiri ayat al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan