awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Taman Manggis: TV3 tunda debat Guan Eng-Rahman Dahlan

Bernama
Bernama
16/04/2016
05:40 MYT
Isu Taman Manggis: TV3 tunda debat Guan Eng-Rahman Dahlan
Debat Guan Eng-Rahman Dahlan akan ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad memutuskan untuk menunda debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini.
Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasanya Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah berkata pihaknya membuat keputusan itu setelah mengambil kira nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki.
"TV3 menghormati pendapat Tan Sri Khalid dan Datuk Azam bahawa debat ini mungkin akan mengganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan Banglo milik Lim di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, debat itu ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sebelum ini, Khalid meminta stesen televisyen tempatan membatalkan rancangan untuk menyiarkan secara langsung debat mengenai isu tanah Taman Manggis kerana kes tersebut sedang disiasat SPRM.
Beliau berkata jika itu dibenarkan, debat itu akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.
Kontroversi tanah Taman Manggis timbul selepas Abdul Rahman mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah itu yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta manakala banglo itu didakwa dibeli Lim pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#KLIDC
#Kuala Lumpur International Dental Centre
#Lim Guan Eng
#Mohd Ashraf Abdullah
#Taman Manggis
#tv3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan