awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tanah Jalan Semarak: Jangan hanya panggil Isa - Anuar

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
23/12/2017
03:17 MYT
Isu tanah Jalan Semarak: Jangan hanya panggil Isa - Anuar
Felda wajib diberikan hak memiliki semula tanah di Jalan Semarak, kata Anuar. - Gambar fail
Siasatan kes penipuan dalam isu tanah milik Felda di Jalan Semarak perlu diperluaskan kepada pelbagai pihak selain menumpukan hanya bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad semata-mata.
Bekas Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abd Manap berkata, ia termasuk barisan pengarah Felda, eksekutif tertinggi syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd serta pegawai Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
"Polis perlu siasat semua pihak. Bukan hanya Isa tetapi pihak lain yang berkenaan.
"Felda wajib diberikan hak memiliki semula tanah di Jalan Semarak tersebut oleh kerana ada kecuaian melampau dalam isu membabitkan transaksi pemindahan nama tersebut
"Tindakan tegas perlu diambil oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengenal pasti dalang di sebalik pertukaran nama tanah ini," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad
BACA: Isu tanah Jalan Semarak: 'Ada gerakan mahu menyeleweng Felda'
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas berhubung kes penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Tegasnya, pasukan itu sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Dalam pada itu tegas Anuar, maruah Felda dan persepsi berkaitan isu itu perlu dipertahan dan diperbetulkan.
"Kita menyokong usaha Transformasi 2.0 Felda termasuk memperkemas urus tadbir dalam pengurusannya," tegasnya.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebelum ini menyatakan keyakinan Felda dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya di Jalan Semarak menerusi usaha yang telah dilakukan setakat ini termasuk membuat laporan polis serta mendaftarkan kaveat ke atas tanah terbabit.
Jelasnya, Felda tidak bertindak sendirian kerana segala langkah yang diambil dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman juga menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan hak tanah Felda di Jalan Semarak.
Katanya, ini bagi memastikan semua yang terbabit dalam kes itu dibawa ke muka pengadilan.
Topic Berkaitan
#Felda
#Isa Samad
#MBFM
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan