MALAYSIA
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beberapa siri perbincangan antara Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Bahagian Kawalan FELDA (BKF) telah diadakan sebelum ini. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Isu tanah ladang komersial antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu hampir selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beberapa siri perbincangan antara Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Bahagian Kawalan FELDA (BKF) telah diadakan sebelum ini.
"Hampir selesai... insya-Allah akan selesai dalam waktu yang paling terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 dan Pelancaran Pelan Strategik KKDW Tahun 2026-2030 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar selepas mendakwa ia telah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.
Penyerahan notis itu dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Terengganu melanjutkan tempoh remedi kepada FELDA susulan perkembangan positif hasil rundingan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Isu tanah ladang komersial antara FELDA dan Kerajaan Negeri Terengganu hampir selesai menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
- Perbincangan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Bahagian Kawalan FELDA telah dijalankan sebelum ini, memberi jalan penyelesaian dalam waktu terdekat.
- Terengganu telah mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah FELDA sebelum ini, tetapi melanjutkan tempoh remedi susulan perkembangan positif hasil rundingan.