MALAYSIA
Isu teknikal punca paparan graf penggunaan elektrik pada Julai tidak tepat - TNB

TNB memberi jaminan bahawa bacaan penggunaan sebenar tidak terjejas dan pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan.
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan terdapat isu teknikal sehingga menjadi punca paparan graf penggunaan elektrik pada Julai dalam aplikasi myTNB tidak tepat.
Ringkasan AI
- TNB mengesahkan isu teknikal menyebabkan paparan graf penggunaan elektrik Julai dalam aplikasi myTNB tidak tepat, namun bacaan sebenar penggunaan tidak terjejas dan bil muktamad kekal sah.
- Graf penggunaan telah diturunkan buat sementara waktu, dan TNB sedang mengambil tindakan pembetulan serta akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.
- Pengguna digalakkan menghubungi TNB melalui saluran rasmi seperti Facebook TNB Careline, X @Tenaga_Nasional, emel [email protected] atau talian 1300-88-5454 untuk sebarang pertanyaan.
Kenyataan itu menambah, pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan.
“Kami sedang mengambil tindakan untuk membetulkan isu ini dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi.
Susulan itu, pelanggan dinasihatkan untuk mengajukan pertanyaan dengan menghubungi TNB melalui pesanan peribadi ke akaun Facebook TNB Careline, platform X @Tenaga_Nasional, hantaran emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 1300-88-5454.
Sejak minggu lalu, pengguna menyuarakan rungutan mendakwa bahawa bil elektrik mereka melonjak dengan mendadak sehingga berkali ganda.
Melalui ruangan komen di media sosial, rata-rata pengguna turut membangkitkan persoalan membabitkan tarif elektrik, semakan bil yang melebihi bil bulan terdahulu serta skim Masa Penggunaan (TOU).
Suruhanjaya Tenaga pada bulan lalu memaklumkan, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan.
Penetapan tarif ini akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif, selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.
Perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat melibatkan penstrukturan semula tiga komponen iaitu kadar purata tarif asas, jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami