Isu Thai-Kemboja: Bukan campur tangan, Malaysia hanya memudah cara

Anwar bercakap pada sidang media penutup hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Johannesburg, 23 Nov 2025. --fotoBERNAMA
JOHANNESBURG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan peranannya dalam perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang dicapai di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan peranan Malaysia dalam perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja, menegaskan Malaysia tidak campur tangan tetapi memudahkan proses dialog antara kedua negara.
- Beliau mengakui Malaysia bersikap prihatin terhadap ketegangan di antara Thailand dan Kemboja, dengan niat menyokong proses perdamaian tanpa menentukan tindakan.
- Kenyataan Anwar berlaku semasa tekanan meningkat di Thailand berhubung dakwaan campur tangan luar dalam kedaulatan negara itu susulan insiden keganasan di sempadan Thailand-Kemboja pada pertengahan 2025.
“Kita tidak terlibat. Kita juga tidak memberi apa-apa preskripsi khusus tentang bagaimana mereka harus mencapai penyelesaian atau rundingan damai,” katanya, sambil menegaskan bahawa niat Malaysia adalah untuk menyokong proses perdamaian, bukan menentukan sebarang tindakan.
Anwar berkata demikian pada sidang media penutup hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di sini hari ini.
Beliau akan memulakan peringkat terakhir siri lawatan ke Afrika di Nairobi, Kenya bermula hari ini sehingga esok.
Kenyataan Anwar hadir ketika tekanan awam semakin meningkat di Thailand, apabila kumpulan demonstrasi berkumpul di luar kedutaan Malaysia dan Amerika Syarikat, menuduh Malaysia dan pihak luar lain “campur tangan” dalam kedaulatan Thailand.
Intervensi diplomatik itu berlaku susulan insiden keganasan di sempadan Thailand–Kemboja pada pertengahan 2025, yang digambarkan sebagai yang terburuk dalam tempoh lebih sedekad.
Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani pada 26 Okt lalu, menyaksikan Kemboja mula mengundurkan tentera secara separa fasa pertama pada 27 Okt.
Namun, perjanjian itu digantung oleh Thailand susulan insiden letupan periuk api pada November, dengan Kemboja menjelaskan ia adalah periuk api lama yang ditinggalkan dari konflik sebelumnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


