Isu tulisan khat: Polis terima 24 laporan - KPN

Astro Awani
Ogos 23, 2019 16:13 MYT
Sebanyak 24 laporan diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan isu tulisan khat. -Gambar fail
Sebanyak 24 laporan diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan isu tulisan khat.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan berkata, Pengerusi Persatuan Dong Zong, Tan Tai Kim dan Setiausaha Persatuan, Ng Chai Heng telah dipanggil ke Bukit Aman pada 22 Ogos untuk dirakam percakapan mereka.
Dong Zong pada 10 Ogos lalu melancarkan petisyen membantah pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular atas alasan ia tidak diterima oleh komuniti bukan Islam dan mendakwa ia bercanggah dengan artikel 12 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Hamid beri amaran agar orang ramai tidak memainkan isu sensitif yang boleh memecahkan keamanan dan ketenteraman awam.
BACA: DAP tidak setuju Dong Zong pertubuhan rasis
BACA: 'Dong Zong rasis, semua dia bantah' - Tun Mahathir
“Pihak polis akan ambil tindakan sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang ke atas mana-mana penganjur dan peserta perhimpunan yang bertindak di luar jangkaan,” katanya.
BACA: Isu tulisan khat: Hanya tekap, sambung titik, tiru semula sahaja
#Datuk Seri Abdul Hamid Bador #Dong Zong #JAWI #Ketua Polis Negara #khat #PDRM #Polis Diraja Malaysia